Thursday, February 24, 2011

Yuhaizad Mencabar Di Merlimau, Hassanuddin Bersaing Di Kerdau

KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau. Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari. Di JASIN, pemilihan Yuhaizad selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25...

Saturday, February 19, 2011

Buku Jingga : Kemenangan Permulaan PR Sebelum Menumbangkan BN Di PRU-13

TEMERLOH, 20 Feb : Walaupun dikecam hebat sebelum ini, tindakan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini dalam memberikan insentif-insentif kepada rakyat semakin melegitimasikan reformasi yang dijanji oleh Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Antara janji dalam 100-hari Pakatan Rakyat yang dikecam hebat oleh BN sebelum ini ialah pemberian insentif RM500 gaji tambahan...

Calon PAS Kerdau & Merlimau Diumum 24 Februari

ALOR SETAR, 19 Feb - PAS akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang serentak dengan nama calon bagi DUN Merlimau, Melaka Khamis ini.Tuan Ibrahim berkata nama calon-calon PAS telah dikenalpasti dari awal. - gambar failNaib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata nama calon bagi DUN Kerdau akan diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz...

Friday, February 18, 2011

Jumaat Bersejarah...Rakyat Mesir Bersama Dr Sheikh Yusof Al-Qaradawi Di Medan Tahrir

Selepas 50 tahun tinggal di luar negeri akhirnya ulama terkemuka yang digelar sebagai “Mufti Dunia” Dr. Sheikh Yusuf al-Qaradawi kembali ke Mesir bagi meraikan kejayaan rakyat Mesir menumbangkan rejim Hosni Mubarak. "Perhimpunan Kemenangan" di Dataran Tahrir pada Jumaat 18 Februari 2011 bagi meraikan kejayaan revolusi rakyat menumbangkan diktator Hosni Mubarak. Mereka kemudiannya mendengar khutbah Jumaah yang disampaikan...

Thursday, February 17, 2011

Simpan Data Mudah Alih

SELAIN menyimpan data dalam pemacu simpanan data mudah alih (USB Pen Drive), apakah lagi fungsi lain yang boleh dilakukan? *Puan N, Australia PADA hari ini USB Pen Drive atau Cakera Flash USB mengambil alih peranan disket yang suatu ketika dahulu digunakan sebagai tempat simpanan data luaran yang mudah di bawa ke mana-mana. Malah, ia mempunyai kapasiti yang lebih tinggi daripada disket dan bentuk fizikalnya juga...

Tuesday, February 15, 2011

ADUN Sura Bergegas Berkongsi Kedukaan Rakyat

DUNGUN - Khabar tentang sebuah rumah penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, terbakar dan seorang warga emas meninggal dunia, diterima ketika beliau sedang menyampaikan ceramah di Kampung Tuan, Chukai, Kemaman.(Dengar Ceramah) Seusai majlis penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN Chukai itu, kira-kira jam `12.27 tengah malam, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly segera beredar. (Gambar atas - Ustaz Wan...

Monday, February 14, 2011

Perutusan Maulidur Rasul 1432 - DS Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 15 Feb : Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ianya membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin. "Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan...

ADUN Sura Bersama Kejayaan Pelajar Cemerlang PMR 2010 Di Kampung Alor Tembesu & Sungai Buaya

DUNGUN 14 Februari, Isnin - Seperti beberapa tahun sebelumnya, para pelajar yang memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam yang mereka hadapi akan menerima kunjungan keraian oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.Di kampung Alor Tembesu, baru-baru ini, sebahagian daripada calon peperiksaan PMR 2010 yang mendapat keputusan cemerlang telah menerima sendiri sumbangan penghargaan daripada ADUN...

Sunday, February 13, 2011

PAS Adil, Tidak Kira Bangsa Dan Agama

DUNGUN 14 Februari, Isnin - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun berkata PAS adalah sebuah parti politik yang adil tanpa mengira bangsa dan agama. Puan Serena Lim Abdullah berharap, PAS dapat memberi ruang dan memperuntukkan satu kerusi untuk ditandingi oleh kepimpinan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau yang juga aktivis muslimat PAS adalah seorang Cina...

Saturday, February 12, 2011

PAS Mengajak Seluruh Rakyat Lakukan Perubahan Menyeluruh Dalam Negara

KUALA LUMPUR, 12 Feb : “Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Justeru, katanya PAS mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus...

Saturday, February 5, 2011

Penjelasan Terhadap Laporan Muka Depan Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011

Kenyataan Rasmi Pejabat Menteri Besar KelantanPenjelasan Terhadap Laporan Muka Depan Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011Saya dengan ini merujuk kepada laporan muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan pada 05 Februari 2011 yang memaparkan tajuk berita “NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah.”Di bawah tajuk tersebut dipaparkan laporan berkenaan persetujuan YAB...

ADUN Sura Ziarah Pesakit @ Hospital Dungun

DUNGUN, 5 Februari Sabtu - Seramai lebih sepuluh orang pesakit di wad lelaki Hospital Dungun menerima kunjungan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, petang Rabu 2 Februari, baru-baru ini.Menjadi kelaziman, apabila menziarahi pesakit di wad, ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun akan singgah bertanya khabar di semua katil pesakit semasa sesi ziarah dilakukan. Tanpa mengira fahaman politik pesakit, beliau...

Friday, February 4, 2011

Tiada Pilihan Melainkan Berurusan Dengan Ikhwanul Muslimin

ANALISIS, 4 Feb - Di sebalik kemungkinan Presiden Hosni Mubarak akan meletakkan jawatan dalam waktu terdekat semakin jadi kenyataan, pentadbiran Obama dilaporkan mengadakan pertemuan secara kerap yang mungkin bagi membincangkan keadaan negara Afrika utara itu - antara lain mengenai bentuk kerajaan baru yang bakal lahir di Mesir.Salah satu kumpulan yang kemungkinan mengambil bahagian dalam proses politik pada era...
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura