Tuesday, October 26, 2010

Terus Berkerja Pertahankan Kemenangan - Calon PAS N.45 Galas

GUA MUSANG, 26 Oktober - Calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed menolak tohmahan yang ingin menyeret beliau terlibat dengan dakwaan khalwat.

Gambar hiasan...di antara tenaga muslimat dari Dungun, Terengganu
yang hadir memberi sokongan di hari penamaan calon N.45 Galas

"Saya menolak dakwaan tersebut kerana ianya tidak benar, beliau ialah ibu saya," katanya ketika menyampaikan ucapan sulung kepada lebih 10 ribu penyokong Pakatan Rakyat di perkarangan Pusat Penamaan Calon Dun Galas pagi ini.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil ekoran kes tersebut, Zulkifli tidak menafikan beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang terlibat.

Dalam pada itu, beliau berikrar dan berjanji akan meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Adun Galas sebelum ini, Arwah Che Sulaiman Hashim yang meninggal dunia akibat kanser usus.

"Saya akan terus bekerja untuk memastikan Pakatan Rakyat mempertahankan kemenangan bagi meneruskan khidmat yang diberikan Arwah Che Sulaima," ujarnya sambil diikuti laungan takbir.

Beliau turut melahirkan kesyukuran di atas sokongan padu yang diberikan petugas, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat daripada segenap pelosok negara yang datang memberikan sokongan pada majlis penamaan calon tersebut.

"Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur dan terima kasih atas sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang bersusah payah hadir pada hari ini untuk menyatakan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

"saya akan memulakan aktiviti ziarah tempat pengundian bagi memantau dan membantu mempertahankan kemenangan PAS di Dun Galas," tegasnya.

Turut sama menyampaikan ucapan ialah Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebaik selesai proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

sumber : N45Galas

Gambar-gambar Sekitar Hari Penamaan Calon N.45 Galas...di sini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura