GUA MUSANG : Bekalan elektrik di Bandar Gua Musang hari ini terganggu selama sejam berikutan beban penggunaan yang tinggi apabila bandar itu menjadi tumpuan ramai menjelang pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan, Datuk Zulkffli Abd Rahaman berkata penggunaan elektrik meningkat apabila bandar ini dipenuhi penduduk dari serata negeri dan ini menambah beban terhadap proses penyaluran bekalannya.
"Gangguan seperti ini tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.
Selain itu, katanya, beberapa gangguan kecil selama beberapa minit yang berlaku hari ini juga turut berpunca dari kerosakan kabel elektrik di bandar berkenaan.
"Sedikit kerosakan kabel telah berlaku semalam yang turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di bandar Gua Musang malam tadi.
"Bagaimanapun ia sedang dalam proses pembaikan dan gangguan kecil yang berlaku hari ini mungkin juga disebabkan proses pembaikan yang sedang dijalankan pihak kita," katanya.
sumber : mstar.com
0 komen:
Post a Comment