Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang
20.10.2010
- BIODATA :
- Dilahirkan pada 20 Oktober 1947(06 Zulhijjah 1366H)Anak ke 5 dari 9 adik beradikJawatan : Presiden Parti Islam SeMalaysia - PAS (2003 - sekarang)Menteri Besar Terengganu (2.12.1999 - 25.3.2004)Ketua Pembangkang Malaysia (23.7.2002 - 21.3.2004)Ahli Parlimen P37 MarangAhli Dewan Undangan N20 Rhu RendangKetua Pemuda PAS Terengganu / Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1976)Jawatankuasa PAS Pusat (1977-1989)Timbalan Presiden PAS (1989 - 2003)Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Terengganu (1977-1978)Calon Parlimen Dungun (PRU 1982)Kelulusan : Universiti Al Azhar (1974 - 1975)Universiti Islam Madinah (1969 - 1973)Isteri :Puan Hajah Zainab binti AwangNorzita TaatAnak : 13 orangPenglibatan di peringkat antarabangsa :
Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Aram Mesir. Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat. Antaranya :-
- Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
- Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
- Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
- Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
- Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
- Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
- Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.
0 komen:
Post a Comment