Monday, October 4, 2010

Selamat Menduduki PMR 2010 Daripada ADUN Sura

DUNGUN, 4 Oktober Isnin - Sebagai tanda prihatin dan cakna terhadap bidang pendidikan, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli mendoakan kejayaan kepada calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan mula menduduki peperiksaan berkenaan bermula esok, 5 Oktober sehingga 12 Oktober akan datang.

(Gambar - ADUN Sura ketika menyampaikan penghargaan
kepada adik Fatin Syahirah Binti Osmiray (8A), salah seorang

pelajar cemerlang PMR 2009 dari SMK Sultan Omar)

" Saya mengambil kesempatan ini mendoakan semua calon peperiksaan khususnya di pusat-pusat peperiksaan seluruh DUN Sura dan Dungun amnya serta seluruh negara agar dikurniakan kemudahan untuk menjawab soalan dengan baik, "

" Mudah-mudahan kejayaan yang bakal diperolehi bukan sahaja di bidang akademik, malahan turut dikurniakan kecemerlangan akhlaq kerana dengan keseimbangan ini akan melahirkan generasi pelajar yang celik, yang bukan sahaja melihat dunia bahkan mampu memandu negara ke arah jalan yang diredhai olehNya, " ujarnya.

Sementara itu, seramai 479,675 calon akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai Selasa ini, kata Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Daripada jumlah itu, 446,896 adalah calon dari Sekolah Bantuan Penuh, 5,069 dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera, 11,370 calon Sekolah Agama Tadbiran Negeri, 14,756 calon Sekolah Swasta, 334 Persendirian Perseorangan dan 1,250 calon dari Sekolah Agama Rakyat, katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya 34,022 orang petugas di 3,499 pusat peperiksaan disediakan bagi menampung keperluan menguruskan perjalanan peperiksaan buat calon-calon itu.

Pihak LPM turut mengingatkan agar calon merujuk jadual waktu peperiksaan di sekolah masing-masing selain boleh didapati di laman web LPM di http://www.moe.gov.my/lpm.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura