Tuesday, May 11, 2010

Sempena Hari Jururawat, 12 Mei : Rufaidah Binti Sa'ad Al-Aslami, Pengasas Jururawat Pertama Sebelum Florance Nightingale

Rufaidah binti Sa’ad Al-Aslami

Beliau adalah pengasas jururawat yang pertama sebelum Florance nightingale. Nama sebenar beliau ialah Rufaidah binti Sa’ad.Beliau adalah dari kaum Khazraj. Beliau dilahirkan di Yathrib sebelum nabi Muhamad (s.a.w) tiba di Mekah dan antara orang Ansar yang memeluk Islam dan ayahnya merupakan seorang tabib (doktor).

[jururawat.jpg]

Beliau mempelajari ilmu kejururawatan semasa membantu ayahnya bekerja. Beliau adalah seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan, mampu menggerakkan masyarakat untuk menghasilkan pekerjaan yang terbaik. Beliau mempunyai klinikal skill yang tinggi dan beliau mampu mengajarkan kepada para wanita lain. Beliau juga “public health nurse” di mana beliau telah keluar ke kawasan masyarakat untuk memberi servis kepada masyarakat dengan percuma.

Ketika kota Madinah dalam proses berkembang, Rufaidah رضي الله عنها mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit, dan membina khemah di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai. Dan ketika perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar beliau menjadi sukarelawan dan merawat tentera Islam yang terluka akibat perang. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat olehnya. Contohnya sewaktu perang Khandaq, Sa’ad bin Mu’adh رضي الله عنه yang cedera telah dihantar ke khemah ‘perubatan’ yang dibina di medan perang Khandaq dan dirawat oleh Rufaidah رضي الله عنها.

Semasa di dalam satu peperangan,beliau telah merawat Sa’ad bin Ma’adah dengan mencabut anak panah yang telah tertusuk di tangannya dan beliau telah berjaya menghentikan pendarahan. nabi Muhammad S.a.w telah beberapa kali melawatnya di khemah. akhirnya, Sa’ad Al-Ma’adah telah meninggal dunia semasa peperangan Bani Quraidat.

Rufaidah telah berjaya melatih sekumpulan wanita sebagai jururawat. Apabila Nabi Muhammad telah bersiap sedia untuk ke tempat peperangan Khaibar, Rufaidah dan sekumpulan jururawat sukarelawan telah berjumpa Nabi Muhammad s.a.w untuk meminta kebenaran untuk bersama-sama dalam peperangan tersebut dan nabi Muhammad s.a.w telah memberi kebenaran untuk bersama-sama dalam peperangan tersebut untuk merawat para askar yang tercedera.

Sejarah Islam juga mencatat beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah رضي الله عنها seperti : Ummu Ammara, Aminah, Ummu Aiman, Safiyah, Ummu Sulaim dan Hind. Selain itu jururawat Islam yang terkenal adalah Ku’ayibah, Aminah binti Abi Qays al Ghifariyah, Umm ‘Atiyyah al Ansariyah, and Nusaibah binti Ka’ab al Maziniyyah, Rubayyi’ bt Muawwiz dan lain-lain. Maka sejarah ini perlu diperbetulkan kembali.

baca artikel penuh...di sini.

1 komen:

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura