Saturday, May 1, 2010

Perpustakaan Awam Dungun 'Tercemar' Kerana Karenah Politik UMNO

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/DSC01394.JPGSura, DUNGUN - Tindakan Pegawai Perpustakaan Dungun tidak membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura berucap dalam satu majlis di premis itu, telah mencemar pusat tersebut sebagai sumber ilmu dan maklumat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran DUN Sura, Haji Mohd Amin Hamid, Majlis tersebut yang dianjurkan oleh sebuah kolej swasta tempatan bertujuan menyampaikan taklimat kolej tersebut dan memberikan penghargaan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau yang juga seorang bekas guru berkata, campurtangan pihak-pihak tertentu dalam pengurusan perpustakaan, kini sudah menjadikan perpustakaan Dungun sebagai sebuah ‘pejabat umno’.

(Gambar - Seorang lepasan SPM berketurunan Tionghua ceria menerima penghargaan dari Haji Mohd Amin)

“Pada pagi sebelum majlis diadakan, Pegawai perpustakaan berkenaan memaklumkan, ADUN Sura tidak dibenarkan berucap dalam majlis itu kerana beliau adalah dari parti pembangkang,

“bahkan pengawal keselamatan telah diarahkan supaya menghalang ADUN Sura masuk ke dewan perpustakaan,”ujarnya kepada Buletinonline.

Lebih teruk lagi, kata Haji Mohd Amin, walaupun setelah dibenarkan masuk, ADUN Sura tidak dibenarkan menyampaikan sumbangan kepada para pelajar cemerlang yang hadir.

”Akhirnya, saya terpaksa menggantikan YB Ustaz Wan Hassan, menyampaikan sumbangan dan penghargaan,”jelasnya.

ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli ketika dihubungi berkata perkara tersebut adalah amat memalukan negeri dan negara kita, yang mengamalkan sistem demokrasi dan liberalisasi dalam pelajaran dan pendidikan.

”Sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat, menjadi tanggungjawab saya melaksanakan tugas-tugas saya,

”program taklimat kolej (itu) adalah untuk kepentingan pelajar lepasan SPM bagi mereka mendapat maklumat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,”katanya.

Beliau berkata, pihak perpustakaan tidak sepatutnya menghalang beliau kerana ia bukan satu program politik.

”Tak patut, tak patut berlaku! Bagaimana nak maju kalau tahap pemikiran begini? Bukankah pelajaran adalah hak semua?

”Teks ucapan saya pun tak sentuh politik, saya tak bercadang nak menjadikan majlis tersebut sebagai majlis politik dengan kehadiran wakil kolej dan pelajar yang masih mentah,”jelasnya.

Oleh itu, beliau berkata, ia adalah satu lagi contoh diskriminasi Umno/BN Terengganu yang ‘takut kepada bayang-bayang sendiri’.

Katanya, dalam Sidang DUN, apabila ADUN PAS ditimbulkan masalah diskriminasi begini, Menteri Besar bersikap keras menafikan ia wujud dikalangan pemimpin Umno.

”Sekarang jelas, diskriminasi merosak demokrasi, tindakan perpustakaan Dungun menghalang saya menjadi bukti politik Umno tak matang,”selar Ustaz Wan Hassan.

Justeru beliau menyeru seluruh warga DUN Sura dan rakyat Terengganu untuk menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya yang akan datang kerana parti itu sudah terlalu uzur dan tidak berupaya, sehingga sanggup mempolitikkan sebuah ‘perpustakaan’!

sumber : BuletinOnline

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura