Friday, May 14, 2010

ADUN Sura Ke Lokasi Kebakaran Hutan Tanah Gambut Dungun

DUNGUN 15 Mei, Sabtu - Kebakaran hutan tanah gambut seluas 45 hektar berhampiran kawasan perindustrian Dungun mendorong ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli hadir ke kawasan lokasi kebakaran tersebut, tengahari kelmarin, 13 Mei Khamis.

Pegawai Operasi, Kamal Md Tan sedang menerima sumbangan
daripada ADUN Sura, Y.B. Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli

Sebagai tanda prihatin dan kecaknaan terhadap situasi yang berlaku, beliau turut menyampaikan sumbangan yang diterima oleh Pegawai Operasi, Kamal Md Tan.

Sebahagian kawasan hutan tanah gambut
yang mengalami kebakaran

Mengiringi ADUN Sura, ialah Bendahari DUN Sura, Haji Abdullah Ibrahim serta dua orang Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura, Enche Alias Muda dan Mohd Jamil Manaf.

Beberapa hari sebelumnya, ADUN Sura melalui wakilnya Haji Hassan Abdul Aziz turut membekalkan sarapan pagi kepada petugas operasi berkenaan.

Sementara itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura melalui Timbalan Ketuanya, Enche Alias Muda memaklumkan bahawa pihaknya telah membekalkan makan malam pada 14 Mei, Jumaat kepada petugas operasi yang masih meneruskan kerja-kerja memadamkan kebakaran di lokasi tersebut.

_________________________________________________

Kerja-kerja memadam kebakaran hutan tanah gambut seluas 45 hektar berhampiran kawasan perindustrian Dungun berdepan masalah cuaca panas dan bekalan air.

Pegawai Operasi Kamal Md Tan berkata tekanan air rendah dari punca air di parit besar terletak lebih dua kilometer dari lokasi kedua kawasan kebakaran itu menyukarkan operasi pemadaman.

"Kebakaran itu juga menyebabkan banyak pokok tumbang, memaksa anggota bomba berhadapan dengan cabaran untuk mengawal kebakaran dalam tanah dan memotong pokok di kawasan terlibat untuk memadamkan kebakaran di celah akar.

"Bagaimanapun kita menempatkan 20 anggota yang pakar dalam kerja pemadaman hutan di kawasan itu untuk mengelak kebakaran merebak selain penugasan hampir 100 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Paka, Al Mukhtafi Billah Syah, Chukai dan Kerteh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Operasi itu turut dibantu oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam, Bomba Sukarela, Majlis Perbandaran Dungun, Jabatan Parit dan Saliran. - Bernama (sumber : Kosmo! Online)

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura