Tuesday, May 11, 2010

Hari Anggota Bomba : Simbolik Penghargaan Daripada ADUN Sura

DUNGUN 11 Mei, Selasa - Sempena Hari Anggota Bomba yang telah disambut tanggal 4 Mei setiap tahun, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah menyampaikan sebiji kek, simbolik tanda penghargaan terhadap pengorbanan dan usaha berterusan anggota Bomba Dan Penyelamat, khususnya warga Bomba Dan Penyelamat daerah Dungun dalam Operasi Kebombaan dan Penyelamat.

Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed sedang menyampaikan kek
kepada Pegawai Bomba KB17, Encik Azlizan Mohamad,
turut kelihatan, AJK MTD Sura, Ust Hj Abdull Rahim Abdull Jalil

Simbolik penghargaan daripada YB ADUN Sura
sempena Hari Anggota Bomba


Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha MTD Sura, Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed yang mewakili Y.B. ADUN Sura di Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Dungun baru-baru ini. Beliau diringi oleh Ahli Jawatankuasa MTD Sura, Ustaz Haji Abdull Rahim Abdull Jalil.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura