Syukur kehadrat Allah Taala kerana diberikan sekali lagi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang dirindui. Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu. Bonus Pahala yang berlipat kali ganda menanti orang ikhlas beribadat didalamnya.
Dungun, Khamis 28 Ogos : Lajnah Kebajikan DUN Sura dengan kerjasama MTD Sura telah melaksanakan satu program 'Cakna Masyarakat' bersama dengan YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli. Beliau yang juga ADUN Sura telah meluangkan masa selama satu jam setengah untuk menyampaikan sumbangan kepada semua pesakit di Hospital Daerah Dungun bermula jam 5.15 petang. Sumbangan tersebut diberikan sempena meraikan kedatangan Ramadhan pada kali ini.
Ustaz Wan Hassan turut melawat dan bertanya khabar dengan pesakit-pesakit di dalam wad. Lensa kamera sempat merakam situasi didalam Wad Lelaki, Kanak-Kanak & Hemodialysis. Sementara di wad perempuan & Bersalin pula diwakili oleh Muslimat PAS DUN Sura.
Rata-rata pesakit yang ditemui gembira dengan kunjungan beliau yang sememangnya terkenal dengan sikap mesra rakyat. Program tersebut juga mendapat kerjasama yang baik dikalangan kakitangan hospital tersebut.
" Kami mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan hospital yang memberikan kerjasama yang baik terhadap kami. Diharapkan sumbangan yang tidak seberapa ini dapatkan menceriakan pesakit didalam wad. Selamat menyambut Ramadhan yang penuh berkat kepada semua. " Kata Mohamed Ibrahim bin Mohamad, Setiausaha MTD Sura.
Setelah kemenangan Pakatan Rakyat didalam Pilihanraya Umum yang lalu, telah banyak agensi kerajaan dan swasta memberikan ruang dan peluang kepada PAS untuk mara kepersada masyarakat. Berbeza dengan situasi sebelum PRU13, Pakatan rakyat telah ditekan, dinafikan hak, disepak dan diterajang oleh Barisan Nasional walaupun secara jelas telah mengikut undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri.
Walaupun ruang dan peluang ini tidak terbuka seluasnya, PAS tetap bersyukur kerana telah berjaya menghantar isyarat awal dengan menafikan majoriti 2/3 BN didalam Dewan Rakyat. Semoga Kerajaan terus membuka mata dan telinga mereka bahawasanya rakyat dewasa ini tidak mudah diperkotak-katikkan.
0 komen:
Post a Comment