Saturday, September 13, 2008

Utusan Malaysia Hari Ini



Ajar Sains, Matematik dalam BM

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diminta meletak jawatan jika gagal melaksanakan semula pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.

Cadangan itu merupakan keputusan yang dicapai pada Persidangan Meja Bulat Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu dengan alasan bahasa Inggeris gagal membantu murid-murid menguasai sains dan matematik.

Ahli Jawatankuasa Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, daripada analisis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007, hampir 30 peratus pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) gagal Bahasa Inggeris. (Read More)

Muhyiddin perlu letak jawatan - Alwi
Oleh SAROJI MOKHTAR

KOTA BHARU 13 Sept. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar melepaskan jawatannya sebagai menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang meminta Muhyiddin melepaskan jawatannya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas menyifatkan cadangan Zaid itu memang wajar memandangkan Muhyiddin seorang menteri yang dipilih oleh Perdana Menteri.

''Contohnya dalam ibadat solat, jika seorang makmum (pengikut) yang merasakan imam tidak betul, dia kena mufarakah (berpisah daripada imam)," katanya di sini hari ini. (Read More)

Tindakan tidak manis

KOTA TINGGI 13 Sept. - Tindakan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa merupakan satu tindakan yang tidak manis.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, isu pelan peralihan kuasa antara Abdullah dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan pada 2010 telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan diumumkan kepada ahli di peringkat akar umbi.

"Apa yang saya kesalkan ialah sebelum ini kedua-dua pihak Abdullah dan Muhyiddin faham, akur serta menerima baik keputusan yang diputuskan MT UMNO.

''Tetapi kini tiba-tiba isu ini dibangkitkan semula... cara ini nampak tidak molek," katanya selepas mengunjungi Gema Ramadan di Felda Air Tawar Satu dan Felda Adela, di sini hari ini.
(Read More)

Setuju UMNO bahagian diberi hak tentukan peralihan kuasa

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Peringkat akar umbi perlu diberi hak untuk berbincang dan menentukan peralihan kuasa parti.Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Hamdin Abdollah berkata, mesyuarat bahagian yang bermula Oktober ini merupakan ruang yang terbaik untuk berbuat demikian.

''Sudah sampai masanya peranan bahagian turut diambil kira. Ia sepatutnya begitu,'' katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa peralihan kuasa antara beliau dan Perdana Menteri seharusnya ditentukan melalui mesyuarat tahunan bahagian UMNO.

Najib berkata, perkara tersebut kemudian boleh dibawa untuk diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO Disember ini.

Hamdin berkata, pandangan Najib itu tepat pada masanya. (Read More)

Nota : Keadaan UMNO & BN pada hari ini sudah haru-biru dan parah sejak akhir-akhir ini. Ini baru petikan daripada Utusan Meloya, akhbar lain belum disemak lagi. Justeru itu, kepada penyokong UMNO & BN, sediakan payung sebelum hujan. Selalunya hujung tahun ni monsoon kan melanda negara kita. Beralihlah kepada Pakatan Rakyat yang diterajui Oleh PAS, PKR & DAP.

Semua kalut minta masing-masing lepaskan, lucutkan jawatan, undur diri dan berbagai istilah yang simbolik yang membawa kepada satu makna iaitu LETAK JAWATAN. Jika tahu diri tak mampu berjuang dalam situasi yang getir, pilihlah suasana yang kondusif dengan meninggalkan BARISAN yang sememangnya bengkang-bengkok dan akan berterabur tidak lama lagi.

Tidak ada Pendekar hebat atau Laksamana yang gagah perkasa untuk mempertahankan BARISAN itu. Yang tinggal hayalah AYAM2 TUA yang perasan GAGAH Perkasa. Hulubalang muda yang ada pon pengecut nak mampos...Berkokok sekejap kemudian bersembunyi dibelakang reban.

Undang-Undang yang ada terus diperkudakan untuk melindungi politik sempit dan dangkal Pembesar Negara. Melindungi kroni dan kerabat yang meratah hasil mahsul Negara. Menzalimi rakyat dari segenap sudut, tapi muka alwayz smile...

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura