Friday, September 5, 2008

100 dibuang kerja Tuntut Kerajaan Terengganu Bertanggungjawab

http://buletinonline.net/images/Berita10/pekerjapermintplywood.jpg
Dungun - Kami Mahu Kerja ! Kami Mahu Kerja ! Begitulah jeritan 100 pekerja asal Permint Plywood Sdn Bhd, kilang yang ditubuhkan kerajaan negeri Terengganu 28 tahun lalu.

Mereka telah berkumpul dan bertemu dengan pihak media dihadapan pintu pagar kilang Permint Plywood Sdn Bhd, pada jam 1 tengah di Bandar al-Muktafi BiLlah Shah dekat sini hari ini.

http://buletinonline.net/images/Berita10/jusoh.jpg “Masalah sekarang ni masalah nak Raya, kita susah sikitlah, kita ada tanggungjawab, maklumlah nak Raya semua orang tahu dok,

“Kita minta pihak yang bertanggungjawab untuk buka semula lah, YB kita ke, Menteri Besar kita ke ! tengok keadaan kita sini ,”kata Jusoh Abdullah, 47, (gambar kiri) ‘orang yang sama jadi dengan kilang’ Permint Plywood dan telah berkhidmat dengan kilang papan lapis tersebut selama 24 tahun.

Seorang pekerja wanita, Noriah Aziz, 40, yang ditemui berkata pihak pengurusan kilang memberitahu mereka penutupan kilang tersebut adalah kerana campurtangan politik orang atasan.

http://buletinonline.net/images/Berita10/noriah.jpg“Alasan (tutup) kerana orang atas masuk campur hal politik, gitu lah, dulu tak ada masalah”katanya yang telah berkhidmat 2 tahun dengan Rapid Skill, dan lebih 20 tahun bersama-sama kilang Permint Plywood.


Noriah (Gambar kanan - sedih) berharap kerajaan negeri Terengganu mengambil alih dan membuka kilang itu bagi membolehkan mereka bekerja semula.

Beliau juga menyatakan rasa kesal kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan tersebut tidak ambil peduli tentang nasib mereka.

”YB tak mari, lepas pilihanraya tak mari langsung, kami semua pengundi-pengundi dia,” tegas Noriah yang berharap agar Dato’ Din Adam (Adun Bukit Besi) datang menjenguk nasib mereka.

Nada yang sama juga disampaikan kepada pihak media oleh Zaimah Zakaria, 48, yang turut bersama dalam pertemuan itu.


http://buletinonline.net/images/Berita10/zaharah.jpgBeliau merasa dikacita kerana penutupan kilang itu akan menyebabkan beliau dan suaminya hilang punca pendapatan kerana kedua mereka bekerja dikilang tersebut bagi menyara dua anak yang masih bersekolah.

Turut bersama adalah Eksekutif Perjawatan, Zaharah Husain, 45, (Gambar, paling kiri) yang telah bekerja di kilang tersebut selama lebih 20 tahun.

“Masalahnya balak, tak dapat bekalan, beli dari sumber, dibekalkan anak syarikat GP (Golden Pharos), “supply (bekalan) ada campurtangan politik,” katanya sebagaimana yang dimaklumkan kepada beliau oleh pemilik kilang tersebut.

Menurutnya pihak pengurusan mengatakan bahawa memang terdapat kerugian, namun tidak menyatakan berapakah kerugian yang ditanggung pemilik kilang.

Beliau juga berharap kerajaan negeri turut camputangan bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh mereka.

Permint Plywood Sdn Bhd pernah ditutup sebelum ini, dimana insiden penutupan kilang tersebut dua tahun yang lalu telah mengakibatkan seramai lebih 400 orang pekerja asal Permint Plywood kehilangan kerja.

Selepas kerajaan menutup kilang itu, premis tersebut telah disewakan kepada seorang pengusaha, Chow Kwee Chai yang memiliki Rapid Skill Sdn Bhd dengan perjanjian sewa selama tiga tahun dan ditambah selama dua tahun (3+2).


Belum pun tamat perjanjian, Rapid Skill telah bertindak menutup kilang tersebut dan membuang 100 pekerja tempatan, ketika permulaan Ramadhan dan bakal menghadapi Hari Raya Eidul Fitri.

Semalam, Menteri Besar Dato’ Ahmad Said mengatakan beliau tidak tahu menahu tentang Rapid Skill dan menafikan ada pihak dari syarikat tersebut datang menemuinya.

Sumber : Buletinonline

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura