Sunday, May 18, 2014

ADUN Sura Gesa Menteri Besar Baru Beri Perhatian Minat Ibubapa Terhadap Sekolah Menengah Agama

DUNGUN, 18 Mei 2014 - Ekoran permohonan yang tinggi setiap tahun untuk memasuki sekolah menengah agama, ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik, menggesa Menteri Besar Terengganu yang baru memikirkan langkah positif ke arah menambah bilangan sekolah tersebut di setiap daerah, khususnya di Dungun. “Di Dungun ini, hanya Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail sahaja yang ada, sedangkan permohonan dan minat ibubapa...

ADUN Sura Santuni Warga Pendidik Sempena Hari Guru 2014

DUNGUN, 18 Mei 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik menyediakan hampir 50 biji kek untuk disumbangkan ke sekolah-sekolah, menengah dan rendah, PASTI dan tadika sekitar DUN Sura, di sini, termasuk Pejabat Pelajaran Daerah Dungun sempena Hari Guru 2014. Turut mengambil bahagian dalam sumbangan ini ialah sebahagian Ahli Jawatankuasa MTD Sura termasuk AJK Majlis Tindakan Muslimat DUN Sura. Mereka...

Sunday, May 11, 2014

ADUN Sura Ulangi Desakan Percepat Pembinaan Hospital Baru Dungun

DUNGUN, 12 Mei - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik mengulangi desakan supaya kerajaan negeri menggunakan semua saluran yang ada untuk memastikan Kementerian Kesihatan mempercepatkan pembinaan sebuah hospital baru di daerah Dungun. Beliau diminta mengulas keadaan Hospital Dungun yang tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang makin bertambah selain berada di lokasi yang agak sibuk. “Kita minta...

Sempena Hari Jururawat 2014 : ADUN Sura Hargai Bakti Jururawat

DUNGUN, 12 Mei 2014 - Sempena Hari Jururawat 2014 yang diraikan tanggal 12 Mei setiap tahun, ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Nik menyampaikan sumbangan kek sebagai simbolik penghargaan di atas peranan warga jururawat membantu masyarakat terutama dalam aspek kesihatan. "Semoga ciri-ciri pengamal perubatan yang sangat istimewa yang dimiliki oleh seorang jururawat yang cemerlang, Rufaidah binti Sa'ad yang pernah berkhidmat...

PAS Berjaya Realisasikan Impian Miliki Rumah Kediaman Sendiri

DUNGUN, 11 Mei 2014 - Tanggal 9 Mei, 2014 merupakan detik bersejarah bagi kehidupan lima sekeluarga di Kampung Sungai Buaya, di sini yang terdiri daripada sepasang suami isteri iaitu Encik Mohd Sazlly Najalhi, 36 dan pasangannya, Puan Salina Abu Bakar serta tiga orang mereka yang terpaksa tinggal di kandang kambing terbiar kerana tidak mampu untuk membina kediaman sendiri, akhirnya impian memiliki kediaman sendiri...

Tuesday, May 6, 2014

ADUN Sura Hargai Peranan Anggota Bomba dan Penyelamat

DUNGUN, 6 Mei 2014 - Sempena Hari Anggota Bomba Sedunia yang disambut tanggal 4 Mei baru-baru ini, ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik pagi tadi, meluangkan masa hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat Dungun di Sungai Penaga, di sini, menyampaikan kek sebagai simbolik penghargaan di atas peranan pasukan berkenaan dalam operasi menyelamat khususnya di sekitar daerah Dungun. Ketibaan ADUN Sura, disambut oleh Ketua...
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura