Thursday, January 30, 2014

ADUN Sura Terus Bersama Denyut Nadi Masyarakat

DUNGUN, 30 Januari 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik biasa kelihatan di kawasannya dengan hanya menunggang motorsikalnya, Honda EX5. Dengan bermotorsikal memudahkannya menyusuri kampung untuk memenuhi undangan serta menziarahi masyarakat setempat. Petang Isnin, 27 Januari baru-baru ini, beliau yang diiringi Ketua PAS Cawangan Alor Tembesu/Sura Gate, Haji Hassan Abd Aziz singgah di rumah...

Monday, January 27, 2014

ADUN Sura Desak Kerajaan Negeri Pertingkat Keberkesanan Peranan JKKK

DUNGUN, 27 Januari 2014 (kemaskini) -  "Apakah wajar rakyat dibiarkan menghuni bekas kandang kambing selama 10 tahun ?" demikian reaksi spontan ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik ketika diminta mengulas laporan akhbar Sinar Harian hari ini di mana pihak MAIDAM terkejut mendapati masih ada rakyat di negeri ini hidup dalam keadaan sedemikian. "Soalnya di mana perginya JKKK yang sepatutnya menyalurkan maklumat...

Saturday, January 25, 2014

PAS Usaha Realisasikan Impian Rumah Kediaman

DUNGUN, 25 Januari 2014 - Selepas 10 tahun, impian untuk memperolehi rumah kediaman sendiri bakal terlaksana. Demikian yang dihadapi oleh lima sekeluarga di Kampung Sungai Buaya, di sini. Mohd Sazlly Najalhi, 36 dan pasangannya, Salina Abu Bakar serta tiga orang mereka terpaksa tinggal di kandang kambing terbiar kerana tidak mampu untuk membina kediaman sendiri. ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik melancarkan Projek...

Friday, January 24, 2014

PAS Bersama Usaha Mencari Mangsa Lemas

DUNGUN, 24 Januari 2014 - Masuk hari ketiga, operasi mencari mangsa bot yang dipukul ombak ketika memasuki muara kuala Dungun masih diteruskan. Malam ini satu solat hajat telah diadakan di kawasan letak kereta Medan Ikan Bakar, Kuala Dungun, di sini. Dalam kejadian pada hari Rabu, 22 Januari baru-baru ini kira-kira jam 9.00 malam, sebuah bot bersama empat nelayan yang dalam perjalanan balik dipukul ombak...

Tuesday, January 21, 2014

Hari Kedua ADUN Sura Bersama Rakyat Ditimpa Musibah Kebakaran

DUNGUN, 21 Januari 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Nik hari ini sekali lagi menerima berita kebakaran yang melibatkan penduduk di kawasannya. Menerima maklumat kebakaran melalui panggilan telefon daripada Ketua PAS Cawangan Padang Jambu, Baharuman Haji Abdul Hamid, beliau terus bergegas ke lokasi kejadian yang berlaku di Lorong 4, Kampung Padang Jambu, di sini tengahari tadi. "Api yang marak serta...

Monday, January 20, 2014

ADUN Sura Bersama Rakyat Ditimpa Musibah Kebakaran

DUNGUN, 20 Januari 2014 - Tujuh sekeluarga hanya tinggal sehelai sepinggang setelah rumah kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tanjung Pagar, di sini petang tadi. ADUN Sura menenangkan Mohd Zulkifli  ketika kejadian petang tadi Ketua keluarga mangsa, iaitu Mohd Zulkifli Baru, 52, memberitahu ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.00 petang itu, hanya anak sulung lelakinya berada...

Sunday, January 19, 2014

ADUN Sura Luang Masa Ziarahi Rakyat Di Hospital Dungun

DUNGUN, 19 Januari 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Nik meluangkan masa lebih sejam petang tadi ketika menziarahi para pesakit yang berada di wad lelaki Hospital Dungun. ADUN Sura, Hj Wan Hapandi Nik ditemani Setiausaha MTD Sura, Mohamed Ibrahim Sini Mohamed bertanya khabar Hassan Muhd Amin Beliau hadir menziarahi Setiausaha PAS Cawangan Sungai Udang, Hassan Muhd Amin, 49, yang mengalami serangan...
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura