Ulasan:
1) Ia satu perbahasan hukum yang menarik untuk memahamkan masyarakat
Islam mengenai hukum mengundi dalam pilihanraya umum untuk memilih
kepimpinan negara.
2) PAS melihat penyertaan rakyat dalam pilihanraya adalah satu kewajiban ugama yang mesti ditunaikan. Manakala umno melihatnya sebagai satu kewajiban warganegara yang tidak sama dengan kewajiban ugama. Umno terus dengan otak sempitnya, melihat urusan politik dan kepimpinan negara sebagai terpisah daripada ugama.
3) Undi adalah satu persaksian atau syahadah di hadapan Allah bahawa setiap muslim wajib memilih Islam sebagai satu ugama dan cara hidup yang tidak mungkin ditinggalkan. Umno melihat sebaliknya. Bahkan undi boleh dibeli dengan sekampit gula demi survival sekularisme.
4) Ibadah haji boleh ditangguhkan oleh kehadiran kewajiban lain yang perlu disegerakan dan disempitkan/ terhad waktunya seperti pilihanraya. Bahkan, asasnya orang muda yang berkemampuan berhak memilih tarikh hajinya sendiri dengan keluasan masa kurniaan Allah.
5) Oleh kerana tarikh pilihanraya yang samar disebabkan was-was seorang perdana menteri, PAS mencadangkan -bukan mewajibkan- umat Islam agar memilih untuk menangguhkan haji jika wujud kebarangkalian berlakunya pilihanraya pada musim haji iaitu Oktober dan November nanti.
6) Pilihanraya pada musim haji adalah pengkhianatan terhadap rakyat di dalam menunaikan hak mereka sebagai seorang muslim yang beriman.
7) Kerajaan mestilah mempertegaskan secara pasti bahawa pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji demi keselesaan rakyat menetapkan tarikh ibadah haji masing-masing.
8) Tambahan - Kerajaan jangan asyik menghina diri sendiri dengan mengugut rakyat dengan kemungkinan koata haji ditarik balik kerana aksi berani anak-anak muda menolak politik kotor umno di tanah suci umat Islam dengan peragaan baju BERSIH. Jangan fikir negara Saudia berotak sempit macam kita!
0 komen:
Post a Comment