KUALA LUMPUR, 23 Jun Sabtu - Pakatan Rakyat (PR) menolak kaedah rakaman dalam
menyiarkan manifesto parti-parti politik ketika Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13), sebagaimana diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
semalam.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, kenyataan yang dibuat
oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menepati
tuntutan Bersih 3.0.
Menurutnya, sekiranya perkara tersebut dilakukan, manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Pakatan Rakyat tidak boleh terima keadaan tersebut kerana ia melibatkan sumber rakaman yang akan ditokok tambah dan sumbernya tidak tepat kerana boleh dimanipulasi sesiapa sahaja," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, parti politik yang ingin membentangkan manifesto
pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)
hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara
langsung.
Katanya, ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang
mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan
ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.
"Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti," katanya.
Abdul Aziz berkata, penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada
penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai
kepada parti politik tetapi juga orang ramai.
sumber : sinarharian.com
0 komen:
Post a Comment