DUNGUN - Konflik membabitkan pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz
Bari dengan majikannya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),
berakhir apabila beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan
universiti berkenaan.
Abdul Aziz berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau kini berasa tidak lagi sesuai untuk terus berkhidmat di universiti itu.
Menurutnya, beliau telah cuba untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai
ahli akademik yang prihatin dengan masalah masyarakat, apabila
melontarkan beberapa pandangan terhadap isu yang kritikal, namun
pesekitaran di universiti berkenaan menyebabkan niatnya itu dianggap
sesuatu yang ganjil, sekali gus gagal untuk menjadi seorang ahli
akademik ideal.
“Saya terpaksa tinggalkan UIAM kerana dalam keadaan sekarang, saya tak
nampak ada ruang sesuai untuk saya terus berkhidmat di universiti itu
mahupun di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain,” katanya
ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama pertubuhan
bukan kerajaan, Waris Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia di Mayang
Sari Resort di sini, petang semalam.
Ketika ditanya apakah beliau akan menyertai politik selepas
meninggalkan UIAM, Abdul Aziz yang juga seorang kolumnis Sinar Harian
berkata, beliau lebih suka memilih bidang akademik sebagai kerjaya dan
buat masa ini, tidak berhasrat untuk menyertai parti politik sama ada
kerajaan ataupun pembangkang.
sumber : sinarharian.com
1 komen:
Rezeki di mana2, kalau nak hangus 5sen pun boleh jadi.
Post a Comment