Dari Perspektif Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul AM PAS
Bersempena dengan Salam Mahabbah dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Awang (1 Safar/ 26 Disember lalu), saya rasa gembira kerana sempat bersembang dan menyatakan sesuatu demi memperkukuhkan semangat muhibah antara pimpinan parti.
Bersempena dengan Salam Mahabbah dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Awang (1 Safar/ 26 Disember lalu), saya rasa gembira kerana sempat bersembang dan menyatakan sesuatu demi memperkukuhkan semangat muhibah antara pimpinan parti.
Justeru
saya merenung kembali perspektif Membangun Negara Berkebajikan yang
menjadi ribut kecil sehari-dua ini. Seperti mana saya terangkan kepada
pihak tertentu termasuk apa yang saya sebutkan sewaktu bersama program
Anak Muda Kelantan di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 28 Muharam (24
Disember) lalu.
Perspektif
Membangun Negara Berkebajikan saya ulas kembali. Bagi saya, realiti
Membangun Negara Berkebajikan tetap selari dengan prinsip Islam dan
sesungguhnya ia tidak bercanggah dengan pendirian PAS untuk menegak
Negara Islam. Cuma kalimahnya berbeza, sedangkan isi dan acuannya tetap
sama, iaitu untuk mencapai keredaan Allah SWT.
Di
antara fakta yang harus difahami, Islam harus dilihat dari perspektif
kepelbagaian sebagaimana dinyatakan Allah di dalam Al-Quran. Antaranya
dalam surah Al-Fatihah ada kalimah yang menjadi isi Negara Islam, iaitu ‘ihdinassiraatal mustaqim’ – tunjukilah kami jalan yang lurus – iaitu jalan agama yang diredai Allah dan Rasul-Nya.
Demikian natijahnya, Allah SWT menyebutkan Islam itu dengan pelbagai nama. Antaranya:
- Islam sebagai jalan yang betul (lurus), disebutkan juga (Surah Aali-Imraan : 103): ‘wa’tasimun bihablil Lah ijami’a’ – dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah – yang bermakna tali Allah itu ialah Islam.
Demikian di dalam Al-Quran (An-Nisa : 174): ‘wa’anzalna ilaikum, nurann mubiina’ – dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
Justeru
Membangun Negara Berkebajikan adalah kalimah yang diolah, sepertimana
kalimah Islam itu diterangkan dalam pelbagai senario : bil-Islam (tali
Allah) sebagai pengikat yang kukuh, penghubung di dalam menolong sesama
insan dan Islam itu ibarat tali yang panjang dan insan beriman perlu
berpegang kuat untuk sampai ke penghujungnya, iaitu syafa’at Nabi SAW
dan keredaan Allah SWT.
Begitu
pula, Islam sebagai cahaya iman yang membebaskan kehidupan manusia dari
kegelapan (tidak beriman) kepada terang-benderang (mencapai keimanan).
Oleh sebab itu, sesiapa sahaja akan menerima cahaya iman dengan izin
Allah, tidak kira ia seorang Melayu atau Cina atau India.
Semuanya menumpang atas cahaya iman itu, kerana akhirat kelak akan
dibangkitkan bersama cahaya iman, jika sebenar-benar ia beriman.
Hakikat
ini hanya ditemui dalam sebuah negara yang berkebajikan kerana
kebajikan itu hendaklah difahami sebagai cahaya keimanan. Mana-mana
negara yang melaksanakan program berkebajikan menurut acuan Islam, maka
membolehkan rakyatnya mencapai tingkat berkebajikan berserta keimanan,
iaitu mencapai tingkat keimanan disebabkan amal khairat kerajaan dan
rakyat.
Demikian saya merenung sejenak perpsektif Membangun Negara Berkebajikan yang ada baiknya dapat difahami oleh semua pihak.
sumber : tuanibrahim.blogspot.com
0 komen:
Post a Comment