Tuesday, December 13, 2011

Jalan Sepanjang Hanya 2.17 km, Tak Siap-siap !

- Pengguna jalan raya terhimpit; jalan pantai ditutup akibat hakisan
 
DUNGUN - Keadaan lalulintas di bandar Dungun kini benar-benar membimbangkan penduduk apabila jalan besar bandar ini yang 'berterusan' dalam pembinaan sejak beberapa tahun lalu.

Kebimbangan mereka bertambah, apabila jalan pantai yang menghubungkan Sura Hujung dengan Kuala Dungun ditutup kepada lalu lintas kerana hampir putus akibat hakisan.

Tinjauan Buletinonline mendapati kawasan pantai Teluk Lipat terus dilalui oleh kenderaan ringan walaupun ia sudah dihalang dan diletakkan tanda amaran.

Namun, oleh kerana jalan besar yang teruk dan berlubang-lubang mereka mengambil risiko melalui jalan pantai, walaupun ombak ganas musim tengkujuh sedang menghakis jalan itu.

Menurut seorang peniaga Abdul Rahman b. Seni Mohamad meminta pihak bertanggungjawab menyiapkan Jalan Haji Zainal Abidin itu secepat yang mungkin.

Beliau yang telah berniaga selama disitu selama 24 tahun berkata, beliau menghadapi kerugian kerana para pelanggannya susah untuk meletakkan kenderaan kerana jalan yang tidak siap-siap itu.

"siapkan secepat mungkinlah, takkan nak begini sokmo (sentiasa), nak berniaga pun susah, dengan nak 'parking' (payah) tengok keadaan sekarang,"katanya sambil menunjukkan kearah jalan yang kelam kabut itu.

Abdul Rahman mempersoalkan, sampai bilakah pengguna jalan raya tersebut akan menghadapi keadaan yang berlarutan sekian lama itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli menempelak kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu yang gagal menyiapkan jalan tersebut.

Katanya, beliau berasa malu dengan keadaan jalan yang hanya sepanjang 2.17 kilometer, tetapi sudah empat tahun dibina.

"(cuba) pergi ke Sura Gate (Jalan Haji Zainal Abidin), malu ke orang (malu kita kepada orang ramai).... berapa panjang (jarak jalan itu)?.......(jaraknya hanya) 2.17 kilometer, bukan 217 kilometer,

"berapa tahun buat? start (mula) pada tahun 2008, sekarang sudah hampir 2012, empat tahun tak siap lagi!,"katanya ketika berucap pada Majlis Ceramah Penerangan Isu Semasa di Kampung Limbong, Paka dekat sini semalam, 12 Disember.

Menurutnya, sebelum dinaiktaraf jalan tersebut adalah dalam keadaan baik, mempunyai pembahagi jalan dan lampu yang sempurna pada waktu malam.

Tetapi apabila dinaitaraf, sudahlah tidak siap-siap, beliau berkata, jalan tersebut berlubang-lubang dan 'hanyar' sekali.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Dungun memberitahu, ada pihak yang memaklumkan bahawa jalan tersebut tidak mungkin siap.

Ia adalah kerana, menurutnya, kontraktor pembinaan jalan tersebut tidak lagi mendapat bekalan batu dari pihak pembekal akibat gagal menjelas hutang.

Oleh itu, beliau berkata, tidak ada pilihan lain kepada rakyat, melainkan menukar kerajaan Umno dan menggantikannya dengan kerajaan PAS, bagi menyelesaikan pembinaan jalan tersebut.

"Baru-baru ini, orang beritahu (saya) tidak (akan) siaplah jalan itu, kerana kuari tempat dia (kontraktor) ambil batu tu, dua tempat, tempat dia ambil batu sudah ditutup akaunnya (kerana) tidak bayar (hutang), bakal tak siaplah jalan itu,

"kena tukar kerajaan kalau jalan macam ini, baru boleh buat pula (semula),"jelasnya.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura