Sunday, December 25, 2011

ADUN Sura Ringankan Beban Ibubapa Menjelang Sesi Persekolahan 2012

DUNGUN 25 Disember, 2011 Ahad - Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MTD Sura sekali lagi mengambil tanggungjawab menyelaras sumbangan pakaian persekolahan sesi 2012 yang akan bermula kurang 2 minggu lagi.
Dengan dokongan padu daripada Pengarah MTD sendiri merangkap ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, pihak lajnah berjaya menyempurnakan aktiviti tahunannya dengan menyampaikan sumbangan kepada seramai 318 orang penerima.
Semua PAS Cawangan dalam DUN Sura mengambil peranan menyenaraikan nama-nama penerima yang layak yang terdiri daripada keluarga miskin dan yatim.
Majlis perasmian dilakukan oleh ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, yang turut menyampaikan sumbangan kepada sebahagian penerima sebelum bergegas ke majlis lain yang perlu beliau hadiri.
Baki penyampaian sumbangan seterusnya disempurnakan oleh sebahagian Ahli Jawatankuasa MTD Sura yang turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan pada hari Ahad, 25 Disember, 2011 di Surau Ustaz Haji Omar Shukri, Bukit Chatak, di sini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura