Presiden PAS Dato' Seri Tuan
Guru Abdul Hadi Awang telah diberi penghormatan menyampaikan ucapan di
Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran pada Sabtu lalu.
Persidangan yang disertai oleh 700 perwakilan dari seluruh negara umat
Islam itu membincangkan konflik terkini yang berlaku di Asia Barat
seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman, Syria dan Palestin.
Ucapan yang bertajuk 'Kebangkitan Islam : Kebijaksanaan Menanganinya' disampaikan pada sesi ketiga persidangan yang turut dihadiri oleh Presiden Iran, Mahmud Ahmadinajad. Menurut Abdul Hadi, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk mengambil langkah segera menggantikan kerajaan yang tumbang di Asia Barat dengan kerajaan Islam yang adil untuk semua. Ketika semua mata tertumpu kepada Asia Barat dan negara umat Islam khususnya, penting bagi kita untuk memastikan kerajaan yang menggantikan diktator yang jatuh di Asia Barat melaksanakan syariat Islam dan berlaku adil kepada semua termasuk kepada bukan Islam. Menurut beliau, kesempatan fenomena kebangkitan ini mestilah diisi dengan mengilmukan rakyat yang ramai masih jahil di negara-negara umat Islam.
Di samping itu beliau juga menyeru supaya negara-negara umat Islam segera menangani konflik di Syria, kerana ia menjadi pintu kepada pejuang-pejuang pembebasan Palestin seperti Hamas, Jihad Islami dan lain-lain. Begitu juga dengan konflik di Yaman, Bahrain, Libya dan lain-lain negara mestilah diselesaikan dengan bijaksana supaya kerajaan baru yang dibentuk tidak mengulangi dasar dan sistem pemerintahan yang sama dengan kerajaan sebelumnya.
Turut menyampaikan ucapan ialah wakil Hamas Dr Musa Abu Marzuq, bekas Presiden Afghanistan, Dr Burhanudin Rabbani yang mati dibunuh dua hari selepas persidangan, Penasihat Jamiat Islami Pakistan, Sheikh Qazi Husin Ahmad, pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr Kamal Halabawi dan beberapa wakil lagi.
Ustaz Abdul Hadi turut ditugaskan mempengerusikan salah satu sesi sidang tersebut dan mengetuai bengkel khas tentang sejarah kebangkitan Islam melibatkan lebih 100 orang wakil pelbagai negara. Persidangan selama dua hari itu turut dihadiri wakil daripada lebih 70 buah negara umat Islam dan juga tokoh-tokoh akedemik dari Universiti Al Azhar, Turki dan Iran.

sumber : pas.org.my
0 komen:
Post a Comment