Adalah
menjadi naluri semua manusia tanpa mengira latar belakang, kaum, agama,
bahasa dan sebagainya untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka,
sama ada merdeka jasad dan akal fikiran dari sebarang bentuk perhambaan.
Tidak
akan ada orang yang waras akal fikiran mahu hidup di bawah belenggu
mana-mana penjajahan, apatah lagi dikawal minda dan tindakannya.
PAS
ingin menegaskan bahawa kami menentang semua penjajah, sama ada komunis
atau bukan komunis, mahupun oleh blok timur atau barat.
PAS
amat menghargai peranan yang dimainkan oleh semua pihak dan tokoh
seperti Sultan Abdul Samad, Sultan Zainal Abidin, Raja Abdullah serta
Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dr Burhanuddin Helmy, Tunku Abdul
Rahman, Tun Razak dan lain-lainnya (sekadar beberapa nama) yang
menyumbang sehingga lahirnya negara kita dengan bentuknya yang ada pada
ketika ini.
Mereka
ini telah meletakkan asas negara kita, walaupun ada tindakan mereka
yang kita tidak bersetuju kerana wujud kelemahannya yang tersendiri.
Namun
segala kelemahan orang lalu yang telah pun meninggal dunia ini tidak
wajar untuk kita balas dengan kata nista. Apa yang wajar dilakukan ialah
kita memohon agar kesilapan yang mereka lakukan mendapat keampunan dari
Allah SWT.
Apa
pun, peranan baik yang telah dilaksanakan akan dibalas dengan pahala di
sisi Allah SWT. Kelemahan dan kesilapan lalu dalam merangka sebuah
negara yang bernama Malaysia pula perlulah diperbaiki oleh kita yang
hidup di zaman ini dan berterusan menjadi tanggungjawab generasi akan
datang.
Alangkah
baiknya kehidupan berbagai bangsa dan agama, budaya dan bahasa yang
wujud dalam negara kita ini mampu untuk menjadi resepi utama dalam
melahirkan negara Malaysia yang benar-benar melindungi kebajikan
rakyatnya.
Pada
saat ini, kita sedang sama-sama melihat betapa kerajaan Umno BN yang
ada ini sudah diberi amanah pemerintahan selama lebih 50 tahun dan
semakin membawa negara kita kepada penyakit yang menyusahkan rakyat
dengan daya saing negara yang makin merudum, kos hidup yang meningkat
dan barang keperluan yang melambung harganya, keluhuran akhlak yang
tidak lagi dianggap penting, kehidupan beragama ditinggalkan dan seribu
lagi macam kerosakan, maka tentulah menjadi tanggungjawab kita semua
untuk sama-sama melakukan perubahan.
Penipuan
pilihan raya juga semakin berleluasa dan tidak lagi menjadi medan
muhasabah sebenar kalangan rakyat terhadap kerajaan.
Jangan kita
membiarkan Malaysia menjadi semakin lemah di bawah kerajaan Umno BN,
kerana generasi anak cucu kitalah nanti yang akan menerima sengsaranya.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
13 September 2011
sumber : Harakahdaily
0 komen:
Post a Comment