DUNGUN 9 September, Jumaat -
ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Hj Wan Hassan
Mohd Ramli bersama JK Pelajaran dan seluruh warga kerja DUN Sura
mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan UPSR 2011 kepada semua
calon-calon peperiksaan di seluruh negara khususnya di Dungun dan DUN
Sura. Peperiksaan akan bermula pada 13 hingga 15 September, 2011.
Menurut kenyataan media Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara. UPSR kali ini melibatkan 48,560 petugas peperiksaan.

(Gambar - ADUN Sura ketika menyampaikan penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang UPSR 2010, adik Nina Dasima Binti Mohd Ghani dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar di kediaman keluarganya di Jalan Teratai, Dungun)
"
Kami mendoakan seluruh calon peperiksaan ini dikurniakan kemudahan dan
ketenangan untuk menjawab peperiksaan seterusnya dianugerahkan kejayaan
cemerlang ", katanya.
# sila lihat Tarikh Peperiksaan Awam 2011 di ruangan Notis blog ini.
0 komen:
Post a Comment