Wednesday, September 28, 2011

Presiden PAS Berucap Di Sidang Antarabangsa Tehran

  Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah diberi penghormatan menyampaikan ucapan di Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran pada Sabtu lalu. Persidangan yang disertai oleh 700 perwakilan dari seluruh negara umat Islam itu membincangkan konflik terkini yang berlaku di Asia Barat seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman, Syria dan Palestin. Ucapan yang bertajuk 'Kebangkitan...

Monday, September 26, 2011

Ketua UMNO Bahagian Dungun Dan Ahli Parlimen Dungun Tidak "Berlaga Daun"

DUNGUN 26 September, Isnin - Perbalahan yang terus berlaku di kalangan pemimpin Umno di negeri Terengganu menyebabkan pembangunan dan kemajuan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dalam program yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 20 September lalu, Ahli Parlimen Dungun tidak hadir kerana...

Wednesday, September 21, 2011

Speaker DUN Kelantan Ke DUN Sura 24 Sept. Sabtu

DUNGUN 21 September, Rabu - Dalam keadaan isu-isu semasa yang tercetus akhir-akhir ini dilihat menyebelahi Pakatan Rakyat, pada 24 September, Sabtu ini, Lajnah Penerangan DUN Sura mengambil kesempatan ini dengan mengundang dua penceramah luar - dari Kelantan dan Perak. Ceramah ini diadakan setelah di waktu siangnya warga DUN Sura menyertai Hari Keluarga yang diadakan di tapak yang sama. " Dengan lambakan isu yang...

Tuesday, September 20, 2011

Hari Keluarga DUN Sura 2011, 24 Sept. Sabtu

DUNGUN 20 September, Selasa - PAS, sebagai sebuah parti yang berada di tengah masyarakat, selain mengadakan program kebajikan yang melibatkan penduduk dan rakyat kebanyakan, turut ditonjolkan ialah program bersifat kekeluargaan. Di DUN Sura, Dungun, tanggal 24 September, 2011 hari Sabtu bakal berlangsung Hari Keluarga DUN Sura 2011 di tapak Pasar Minggu Sura Gate. Program yang bermula jam 7.45 pagi itu,...

Thursday, September 15, 2011

Perutusan Khas Hari Malaysia...Najib & UMNO BN Masih Membisu Terhadap Kenyataan MPN

KUALA LUMPUR, 15 Sept : Biarpun pengumuman perdana menteri malam ini dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib malam ini. "Perjuangan kita menentang akta zalim ini...

Tuesday, September 13, 2011

Kenyataan Presiden PAS Sempena Hari Pembentukan Malaysia

Adalah menjadi naluri semua manusia tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, bahasa dan sebagainya untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka, sama ada merdeka jasad dan akal fikiran dari sebarang bentuk perhambaan.  Tidak akan ada orang yang waras akal fikiran mahu hidup di bawah belenggu mana-mana penjajahan, apatah lagi dikawal minda dan tindakannya.  PAS ingin menegaskan bahawa...

Thursday, September 8, 2011

ADUN Sura Ucap Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2011

DUNGUN 9 September, Jumaat - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli bersama JK Pelajaran dan seluruh warga kerja DUN Sura mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan UPSR 2011 kepada semua calon-calon peperiksaan di seluruh negara khususnya di Dungun dan DUN Sura. Peperiksaan akan bermula pada 13 hingga 15 September, 2011. Menurut kenyataan media Lembaga Peperiksaan,...

Saturday, September 3, 2011

Rumah Terbuka ADUN Sura Dikunjungi Segenap Lapisan Masyarakat

DUNGUN 3 September, Sabtu - Sempena Aidilfitri 1432, ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah mengadakan Rumah Terbuka bagi meraikan rakyat yang berada di kawasan yang diwakilinya. Majlis yang dijadualkan bermula jam 12.00 tengahari hingga jam 4.00 petang pada hari Khamis 1 September, hari ketiga Syawwal telah dikunjungi lebih awal daripada jadual oleh sebahagian besar tetamu. Kehadiran...
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura