Program padat ketua menteri kuatkan spekulasi pilihan raya
KUCHING : Bayangan mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 semakin ketara dan sumber memberitahu bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) kemungkinan dibubarkan sebelum akhir bulan ini.
Berdasarkan senario ini, pengundian mungkin diadakan pertengahan April dan penamaan calon sebelum itu. Jika menjadi kenyataan, bermakna pilihan raya negeri kali ini diadakan tiga bulan sebelum tamat tempoh DUN Sarawak berakhir, pada 24 Julai ini.
Berdasarkan perkembangan terkini, termasuk program Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sangat padat ketika ini, spekulasi pilihan raya diadakan dalam bulan April semakin bertiup kencang.
Tarikh akhir Program Sejiwa Senada, acara yang dikatakan menjadi petunjuk kepada tarikh pilihan raya negeri Sarawak kali ini, juga menguatkan lagi spekulasi bahawa pilihan raya negeri kemungkinan akan diadakan pada pertengahan bulan depan.
Program tiga hari di setiap lokasi itu akan berakhir pada 3 April di kawasan Kuching Utara, selepas Kuching Selatan yang dijadual mengadakannya pada 25 hingga 27 Mac.
Sumber memberitahu Berita Harian, besar kemungkinan Abdul Taib akan mengumumkan pembubaran DUN pada bila-bila masa, sebelum atau selepas lawatan serentak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ke Kuching pada 19 Mac ini.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak, Datuk Takun Sunggah, yang dihubungi berkata, pihaknya sudah bersedia menghadapi pilihan raya dan hanya menunggu pembubaran DUN.
“Kita tidak tahu bila pilihan raya kerana masih menunggu Ketua Menteri membubarkan DUN. SPR hanya akan menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas DUN dibubarkan,” katanya.
Setakat ini, kata beliau, kesemua 71 pegawai pengurus pilihan raya (RO) dan 159 penolong pegawai pengurus pilihan raya (ARO) yang sudah dilantik untuk mengurus proses pilihan raya negeri Sarawak sudah diberikan taklimat oleh SPR.
“Kursus pilihan raya bagi 21,000 petugas pilihan raya di seluruh Sarawak akan diadakan mulai 21 Mac hingga 29 Mac ini,” katanya.
SPR memperuntukkan RM45 juta bagi mengendalikan pilihan raya Sarawak kali ini berbanding RM30 juta pada 2006.
SPR juga sudah mengenal pasti 1,740 pusat mengundi serta 2,561 saluran mengundi untuk pilihan raya negeri kali ini, dari segi logistik sebanyak 24 helikopter, 63 bot laju, 919 perahu panjang dan 4,124 kenderaan pacuan empat roda, antara yang akan digunakan.
sumber : bharian.com

0 komen:
Post a Comment