Tuesday, March 29, 2011

Ceramah 'Kenapa Bob Lokman Sertai PAS' Di DUN Sura, Dungun 1 April

DUNGUN 29 Mac, Selasa - Penulis Lirik Terbaik, lagu Isabella persembahan kumpulan Search, Anugerah Juara Lagu TV3 1989, Mohd Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman, 46, akan menyampaikan ceramahnya di Perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate, di sini.

Di sebelah petangnya pada hari yang sama,1 April, Jumaat di Mayangsari Resort, Dungun beliau memenuhi undangan Lajnah Ekonomi PAS Kawasan Dungun di majlis 'Santai Bersama Bob Lokman', satu program berbentuk makan sambil menderma.

Menurut Ketua Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail, turut menyampaikan ceramah bersama Bob Lokman ialah Ustaz Riduan Mohd Noor, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat, Timbalan Ketua DPP Pusat, Ustaz Haji Azman Shapawi Abdul Rani dan YDP PAS Kawasan Dungun merangkap ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

"Beberapa isu semasa terkini bakal dikupas oleh para penceramah pada malam tersebut bermula dari hal konspirasi ciptaan BN melalui watak Datuk T sehinggalah isu-isu menjelang pilihan raya Sarawak dan lain-lain isu yang sepatutnya didengar sendiri khususnya oleh para penduduk sekitar DUN Sura ini," ujar beliau yang mengharapkan cetusan isu yang bakal dikemukakan oleh para penceramah mampu memberi penjelasan secara langsung terhadap tohmahan yang dilemparkan oleh pihak BN melalui media yang dikuasai oleh mereka.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura