Friday, March 18, 2011

Bubar DUN : Tunggu Esok, Kata Taib

KUCHING, 18 Mac - Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang.

“Tunggu sehari lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 di sini hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat “pengumuman khas”.

http://1.bp.blogspot.com/_XtONO9yL9ec/TRbqLdoHY3I/AAAAAAAAHQI/zkpVgLlG3MY/s400/images%2B%25281%2529.jpg

Taib (gambar) juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berada di sini esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara.

Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah.

Semalam, beliau mengunjungi Yang Dipertua Negri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya kecil akan diadakan pada 16 April.

Penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang yang mempunyai 71 kerusi berakhir pada 23 Julai.

Dalam pilihan raya negeri yang lepas, Barisan Nasional memenangi 62 kerusi, DAP enam, Parti Keadilan satu, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) satu, dan Bebas satu.

sumber : themalaysianinsider.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura