Thursday, July 8, 2010

Rakyat Hanya Menunggu Hari Pengundian Untuk Mengajar Kesombongan Dan Kebiadapan UMNO-BN

Perkembangan terkini dalam negara menunjukkan bahawa pilihan raya Umum ke-13 semakin hampir. Dalam beberapa siri pilihan raya umum yang lalu, antara petanda yang cukup jelas detik pilihan raya umum ialah media milik Pakatan Rakyat disekat untuk menutup minda rakyat negara ini daripada mendapat pandangan kedua selain daripada media milik atau kroni Umno-BN.

Penggantungan tak bertali permit Suara Keadilan oleh KDN dan amaran kepada Harakah dan Roket menunjukkan Umno-BN hilang punca untuk mengendurkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Bagi saya sekatan kepada mana-mana media milik Pakatan Rakyat akan menjadi senjata makan tuan kepada Umno-BN. Saya yakin sekatan ini akan menyebabkan simpati dan sokongan kepada Pakatan Rakyat akan meningkat.


Kehadiran dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat akan kembali melimpah dengan kebanjiran orang ramai yang dahagakan maklumat.

Saya juga yakin pemilik blog dan portal yang menyokong Pakatan Rakyat akan menggiatkan usaha untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Secara tidak langsung penyebaran maklumat akan lebih cepat, tersusun dan meluas.

Bagi saya rakyat hari ini sudah semakin bijak untuk memilih siapa wakil rakyat mereka. Buatlah apa cara sekali pun, semua ini tidak akan mengubah sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Rakyat hanya menunggu hari pengundian untuk mengajar kesombongan dan kebiadapan Umno-BN yang berterusan melakukan penyelewengan, skandal dan salah guna kuasa sehingga menyebabkan situasi politik dan ekonomi negara berada dalam keadaan yang sangat tenat.

Hanya ada satu cara untuk membetulkan kepincangan yang ada iaitu dengan memastikan Umno-BN menjadi pembangkang selepas PRU ke 13.

sumber : Harakahdaily

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura