Kami mewakili organisasi pertubuhan awam membantah dengan sekeras-kerasnya Persidangan FBI National Academy Associates Asia Pasifik ke 13 daripada 18 hingga 23 Julai 2010 di Garden and Residences, Mid Valley, Kuala Lumpur. FBI atau Federal Bureau of Investigations (Biro Siasatan Persekutuan) merupakan cabang militan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan hegemoni ke atas negara lain.
Adalah amat memalukan pegawai kanan polis kita bekerjasama dengan polis AS yang menyeksa umat Islam di Amerika Syarikat, membunuh orang awam yang tidak berdosa di Afghanistan dan Iraq, dan mengintip umat Islam yang memperjuangkan keadilan dan kebebasan.
National Academy melatih pegawai kanan polis dari AS serta mereka dari luar AS termasuklah dari Malaysia, Indonesia, Mesir, Arab Saudi, Israel dan lain-lain negera. Walaupun latihannya terang-terang untuk memajukan kepakaran penguatkuasaan undang-undang, ia juga menyampaikan maklumat kepada pelatih persepsi AS berhubung isu global.
Contohnya, pelatih akan diasak dengan kepentingan dan keperluan untuk memerangi keganasan global. Pergerakan Pembebasan Kebangsaan seperti Hezbollah, Hamas dan penentangan terhadap penduduk AS di Afghanistan dikategorikan sebagai pengganas.
Menurut laman sesawang FBI, pelatih akan dibawa untuk mengunjungi Muzium Holocaust di Washington DC sebagai ‘komponen moral dan etika untuk latihan.’ Sudah tentu agenda tersembunyi ini adalah untuk melahirkan simpati untuk zionis, mengesahkan penubuhan Israel di tanah Palestin dan untuk mewajarkan dasar pro-Israel oleh AS. Kunjungan itu dilakukan dengan kerjasama Anti-Defamation League, pertubuhan zionis yang menganggap kritikan terhadap pendudukan oleh Israel dan kekejamannya sebagai anti-Semitik.
Latihan pegawai kanan polis di National Academy merupakan sebahagian daripada dasar AS untuk mempengaruhi mereka yang berada dalam kedudukan penting di dalam institusi penting seperti polis, tentera, kehakiman, parlimen, NGO yang akan menjaga kepentingan AS. Di Iraq dan Afghanistan pihak FBI telah melatih beratus pegawai yang akan memastikan negara itu terus menjadi pengikut kepada AS apabila tenteranya meninggalkan negara itu.
Tumpuan AS di wilayah ini kini adalah terhadap Indonesia, yang mempunyai penduduk Islam paling ramai, dijangka memainkan peranan penting dalam hal ehwal antarabangsa dalam masa terdekat. Ketua Hakim Indonesia baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan East-West Center di Honolulu untuk melatih hakim, pendakwa, polis dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan mengenai bagaimana untuk memperbaiki mahkamah Indonesia berhubung isu hak asasi manusia.
Washington sudahpun menarik balik sekatan jualan dan bantuan ketenteraan yang dikenakan ke atas Indonesia sewaktu rejim Suharto. Pasukan polis elit Indonesia unit Detachment 88 yang merupakan polis unit anti pengganas mendapat latihan di AS dengan bekerjasama rapat dengan CIA, FBI dan unit perisik Australia dalam mengesan jejak ‘pengganas’. Menurut laporan Reuters, sekitar 2,800 pegawai tentera Indonesia pada masa ini sedang menjalani latihan di AS.
baca artikel penuh...di sini.
0 komen:
Post a Comment