Monday, July 19, 2010

Gandingan 2 Anak Tok Guru Di DUN Sura 22 Julai

DUNGUN 19 Julai, Isnin - Dua orang anak pimpinan utama PAS digandingkan di atas satu pentas ceramah di Dungun pada 22 Julai, Khamis ini.

Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ust Mohd Khalil Abdul Hadi akan menyampaikan ceramah mereka di Jalan Ustaz Omar Shukri sempena Ops Al-Falah DUN Sura.

Dua orang pimpinan pemuda ini akan berceramah bersama Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, selaku tuan rumah pada siri penerangan kali ini.

Setiausaha Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Ahmad Roslin Abdul Wahab berkata, bahawa julung kalinya 2 orang anak tok guru ini digandingkan sepentas di Dungun.

" Kita yakin bahawa dua penceramah ini memiliki aura tersendiri dalam memikat pendengar, terutama dalam menangkis hujah-hujah dangkal BN-UMNO yang melabel PAS sebagai parti ajaran sesat, selain isu-isu semasa lain yang diputarbelitkan oleh pihak media tempatan ", ujar beliau.

" Sementara itu, selaku tuan rumah Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan dijangka lebih menumpukan isu-isu tempatan selain kupasan secara umum isu-isu peringkat kebangsaan ", tambah beliau lagi.

" Saya mengambil kesempatan ini, mengajak warga DUN Sura khususnya dan Dungun amnya, tanpa mengira latar belakang politik, agama dan bangsa dapat meluangkan masa masing-masing hadir mendengar sendiri ceramah yang akan disampaikan oleh ketiga-tiga penceramah tersebut ", Encik Ahmad Roslin mengakhiri bualan beliau.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura