Sunday, July 11, 2010

ADUN Sura Sumbang RM1,000 Kepada Squad Bolakeranjang Negeri Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita28/IMG_7463.JPGDUNGUN 11 Julai, Ahad - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah bersetuju untuk memberikan sumbangan sebanyak RM1000 kepada pasukan bolakeranjang bawah 16 tahun negeri Terengganu.

Beliau yang hadir dalam satu majlis makan malam bersama masyarakat Tionghua di Batu Enam dekat sini telah ditemui oleh seorang pegawai pasukan bolakeranjang tersebut.

"Saya bersetuju untuk memberi sedikit sumbangan kepada pasukan bolakeranjang bagi membantu meringankan beban kewangan kerana mereka akan mewakili negeri Terengganu dalam kejohanan peringkat nasional di Bintulu, Sarawak, pada bulan Disember nanti," katanya ketika ditemui Buletinonline selepas majlis yang diadakan orang kaum Tionghua setempat sempena kedatangan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Sebelum itu, ketika berucap meraikan majlis tersebut, beliau yang juga Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Dungun merakamkan ucapan terima kasih kepada kaum Tionghua yang menjemput beliau hadir dalam majlis itu.

Menurutnya, walaupun beliau adalah wakil rakyat kawasan Sura, namun khidmatnya adalah untuk seluruh Dungun, atas tanggungjawabnya sebagai YDP PAS Kawasan Dungun.

Oleh itu, beliau berharap kaum Tionghua dapat bersama-sama kebangkitan rakyat di seluruh negara sekarang ini, menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.

"Parti PAS, PKR dan DAP telah bersepakat dalam Pakatanh Rakyat untuk menuju ke Putrajaya dan membentuk kerajaan yang adil dan telus,tanpa mengira bangsa dan agama,

"menghapuskan rasuah dan penyelewengan untuk satu negara yang lebih baik bagi anak cucu kita dan generasi masa depan", jelasnya.



Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Terengganu, Ustaz Haji Saiful Bahri Mamat dan aktivis hubungan antara kaum Puan Serena Lim.

sumber
: BuletinOnline

sila baca artikel berkaitan...
Sekitar Majlis Makan Malam Bersama Warga Tionghua

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura