Thursday, November 12, 2009

Seorang Mati Akibat Taun Di Terengganu

LELAKI MATI AKIBAT TAUN

Oleh SHAARANI ISMAIL
shaarani@bharian.com.my

KUALA TERENGGANU : Seorang lelaki berusia 36 tahun meninggal dunia akibat taun di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) petang semalam, manakala 20 lagi pesakit dengan gejala penyakit sama sedang dirawat di hospital itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nordiyanah Hassan, berkata mangsa yang berasal dari daerah ini dimasukkan ke hospital kelmarin selepas mengalami muntah dan cirit-birit yang kronik.

Berikutan itu, katanya, hospital mengambil sampel daripada 20 pesakit terbabit untuk ujian makmal bagi mengetahui sama ada mereka yang datang dari beberapa daerah di negeri ini turut menghidap taun.

“Sebahagian besar daripada pesakit dari daerah ini dan Marang. Mereka sudah dimasukkan ke wad sejak kelmarin,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Nordiyanah berkata, setakat ini hospital belum dapat menentukan punca penyakit itu kerana penghidap datang dari beberapa daerah di Terengganu.

“Justeru, kami menasihatkan orang ramai mengelakkan makanan dan minuman yang tidak dimasak dan menjaga kebersihan diri. Kita juga meminta orang ramai mengelakkan minuman yang mengandungi kiub ais,” tambahnya.

Berikutan banjir yang melanda empat daerah di negeri ini pada Jumaat lalu, khidmat pesanan ringkas (SMS) tersebar di kalangan penduduk mengingatkan mereka untuk menjaga kebersihan makanan bagi menghindari kemungkinan penularan wabak taun.

1 komen:

Ross Safina Hor on November 21, 2009 at 8:59 AM said...

Salam semua

PANDUAN ELAK DARI DIJANGKITI WABAK TAUN. PROTECUR-100 DAN NEIBAC5 JUGA DAPAT MEMBANTU MASALAH INI.

Jom tengok!
http://rosssafinahor.blogspot.com/2009/11/panduan-elak-dari-dijangkiti-wabak-taun.html

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura