Wednesday, November 25, 2009

Jamaah Haji Bergerak Ke Arafah

MEKAH, 25 Nov - Cuaca yang panas dan kering di sini bertukar menjadi mendung dan kemudian hujan ketika 2.5 juta jemaah haji seluruh dunia termasuk 25,000 dari Malaysia bergerak menuju ke Arafah menjelang wukuf esok.


Jemaah haji Malaysia yang ditempatkan di 10 tempat penginapan atau Maktab Tabung Haji di sekitar Mekah dibawa secara beransur-ansur dengan menaiki 160 buah bas yang disewa khas oleh Tabung Haji bermula 11 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).

Menurut ketua rombongan Haji Salleh Mubin, operasi membawa jemaah haji ke Arafah dijangka selesai sepenuhnya menjelang tengah malam ini (5 pagi waktu Malaysia).

Beliau berkata Tabung Haji akan berusaha menentukan semua jemaah haji Malaysia berada di Arafah esok untuk wukuf kerana ia merupakan perkara wajib dalam ibadah haji.

"Jemaah haji yang sakit pula akan dibawa ke Arafah oleh petugas perubatan Tabung Haji dengan ambulans," katanya.

Pemerhatian pasukan media Tabung Haji mendapati pergerakan lalulintas masih lancar dan dikawal ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

- BERNAMA

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura