KUALA LUMPUR 14 Nov. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 akan diumumkan di seluruh negara pada 19 November ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.
Menurutnya, analisis keputusan UPSR 2009 juga akan diumumkan pada hari sama di Putrajaya pada pukul 9 pagi.
ADUN SURA HARGAI KEJAYAAN PELAJAR UPSR
"Seramai 517,908 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, seramai 510,125 orang atau 98.5 peratus calon adalah dari sekolah di bawah Kementerian Pelajaran dan sekolah bantuan kerajaan.
Katanya, baki seramai 7,783 orang iaitu 1.5 peratus merupakan pelajar swasta.
Tambah beliau, mereka menjalani UPSR di 8,289 pusat peperiksaan yang disediakan di seluruh negara.
0 komen:
Post a Comment