Saturday, November 14, 2009

Penyakit Taun Di Terengganu Terkawal

KUALA TERENGGANU, 14 Nov (Bernama) - Penyakit taun yang dikesan di Terengganu sejak minggu lepas kini terkawal dengan jumlah pesakit yang didapati positif taun kekal 11 orang.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Nordiyanah Hassan berkata seorang daripada 98 pesakit yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dibenarkan pulang petang ini selepas disahkan tidak mengidap penyakit itu.

Katanya ekoran perkembangan positif itu pihaknya menjangka lebih ramai yang akan dibenarkan pulang mulai esok.

"Proses pengambilan sampel terhadap 97 pesakit lain yang menunjukkan simptom penyakit berkenaan masih diteruskan," katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini, pada hari Sabtu.

Beliau berkata siasatan masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti punca penyakit itu merebak, yang kebanyakannya membabitkan kalangan penduduk di pusat bandar dan kawasan sekitarnya.

Selasa lepas seorang pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit itu.

Sementara itu Dr Nordiyanah menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mengelak makan makanan dan minuman tercemar bagi mengelak jangkitan penyakit itu.

"Kami juga ingin menasihatkan orang ramai supaya jangan mengharungi air banjir sekiranya banjir sekali lagi melanda, kerana kebiasaannya ia (air) bercampur dengan najis yang memudahkan penyakit itu merebak," katanya.

- BERNAMA

artikel berkaitan sebelum ini ...

> PENYAKIT TAUN DIISYTIHAR WABAK DI TERENGGANU

> SEORANG MATI AKIBAT TAUN DI TERENGGANU

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura