DUNGUN 30 Okt Jumaat - Sebahagian lagi bakal haji musim ini menerima kunjungan YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, sebelum masing-masing berangkat bagi menunaikan rukun Islam yang kelima ini.
Sementara itu, para jemaah haji tidak perlu bimbang mengalami kesesakan dan kejadian rempuhan manusia semasa mereka melakukan ibadat melontar di Jamrah seperti yang pernah berlaku sebelum ini kerana mulai tahun ini, kesemua lima tingkat jambatan Jamrah yang telah siap pembinaannya, dibuka untuk kegunaan.Edisi terbaru majalah Hajj & Umrah melaporkan bahawa dengan siapnya projek itu, jambatan berkenaan mampu menampung kehadiran lima juta jemaah sejam.
Mengenai jadual melontar bagi jemaah haji Malaysia, beliau berkata pihak berkuasa Arab Saudi akan menetapkan jadual itu setelah semua jamaah haji sampai di Mekah.
"Ini bagi membolehkan pihak berkuasa membuat penilaian daripada segi jumlah jemaah sesebuah negara serta masa yang diperlukan bagi jemaah sesebuah negara membuat lontaran dan Malaysia yang diletakkan dalam kelompok Asia Tenggara akan diberikan waktu tertentu untuk melontar," katanya kepada pasukan media Tabung Haji yang membuat liputan haji musim ini.



0 komen:
Post a Comment