Friday, October 16, 2009

Hari Keluarga DUN Sura 2009

DUNGUN 16 Oktober Jumaat - Majlis Tindakan DUN Sura akan menganjurkan Hari Keluarga pada 24 Oktober, Sabtu depan di Perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.

Program yang pada asalnya dijadualkan pada 10 Oktober tersebut ditunda ke tarikh baru ini bagi memberi peluang kepada para tenaga utama program yang terdiri daripada Pemuda, Muslimat dan Nisa' DUN Sura untuk turut sama memberi perhatian kepada pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang.

Menurut Pengarah Hari Keluarga DUN Sura, Encik Zakaria Tahir, program yang dijangka bermula jam 8.00 pagi ini akan dipenuhi dengan pelbagai acara menarik termasuk cabutan bertuah kepada para peserta dan pengunjung.

" Ianya dijangka berakhir sebelum jam 5.00 petang, pelbagai acara telah disusun oleh pihak kami yang dibahagi kepada beberapa kategori umur, dari kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah sehinggalah kategori muslimin, muslimat dan keluarga, " ujar beliau.

" Kepada yang berminat menyertai program ini, bolehlah mendapatkan borang penyertaan melalui Ketua atau Setiausaha PAS Cawangan sekitar DUN Sura dengan kadar segera, kerana borang-borang yang dikembalikan akan diteliti oleh pihak urusetia program supaya penyusunan awal yang melibatkan pengurusan masa dapat dilakukan, " tambahnya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Tindakan DUN Sura, Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed mengajak seluruh warga DUN Sura khususnya, tanpa mengira fahaman politik dan batasan bangsa untuk turut sama menyertai program yang dirancang ini.

" Memang menjadi matlamat pihak kami bahawa penyertaan program ini terbuka kepada semua tanpa melihat siapa mereka, berapa umur, parti mana atau bangsa apa pun, " katanya yang merujuk motto Hari Keluarga yang telah dipilih, iaitu " Anda Adalah Keluarga Kami "

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura