Tuesday, June 2, 2009

Muktamar, Dewan 'Bedah Siasat' Perkukuh Ahli !

WAN NORDIN WAN YAACOB
Harakahdaily

Muktamar PAS ke-55 akan berlangsung dengan Dewan Pemuda PAS membuka tirai persidangan pada 3 Jun 2009 bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Sudah sekian lama, Taman Melewar sepi dari persidangan besar seperti ini, kali ini kegirangan dewan Dato' Fadzil Noor akan kembali bergelandangan.

Maka jangan lupa, muka-muka seperti Zubir (disebut Jubir), Mat Zin dan Abdullah Atan akan mula kelihatan sibuk pada hari-hari menjelang, dan semasa muktamar berlangsung di Melewar.

Mereka ini muka tetap yang setia dengan PAS untuk diinfakkan tenaga mereka bagi merealisasikan kerja-kerja persiapan dan perkakasan muktamar.

Seingat penulis, Muktamar terakhir yang berlangsung di Melewar ialah sewaktu adanya pemilihan tahun 2003 yang menyaksikan ketika itu Pengerusi Pemilihan hari ini, Dato' Mustafa Ali menentang Ustaz Hassan Shukri.

Ia masih menjadi kenangan yang sangat berharga kepada penulis yang ketika itu masih 'junior' dalam perkhidmatan Harakah.

Muktamar, adalah dewan bedah perjalanan parti, dewan memilih pemimpin untuk mencorakkan gerakan parti dan dewan menunjangkan arah tujun parti dengan pendekatan yang difikirkan perlu.

Dua muktamar kebelakangan ini menatijahkan kesepakatan walaupun media-media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia cuba memporak perandakan PAS dengan laporan yang memualkan.

Lantas, sebaik sahaja selesai pemilihan sebelum ini, kesepaduan kembali utuh dan natijahnya PAS melakar kemenangan dengan kerjasama Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Kemenangan ini manis, dan ia menjadi titik tolak kepada PAS dalam menilai sokongan pelbagai yang kini hadir kerana 'percayanya' mereka kepada kejujuran dan keikhlasan PAS dalam melayari perjuangan.

Seperti kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiap kali Muktamar PAS berlangsung, akhbar arus perdana akan memainkan cara lama.

Seperti dimasa muktamar lalu akhbar arus perfana cuba menimbulkan beberapa perkara yang negatif supaya PAS dipandang negatif oleh umum, memetik kata Ustaz Hadi dalam wawancara Harakah sebelum ini.

"Alhamdulillah sehingga kini terbukti itu adalah maklumat yang bohong.Dalam hal ini sepatutnya rakyat melihat negeri-negeri yang diperintah oleh PAS ini ada gambaran jelas yang libatkan wakil rakyat PAS selamat dari politik wang dan bahkan tiada seorangpun wakil rakyat PAS yang berjaya dibeli," katanya.

Nah, peringatan Presiden PAS perlu diambil peringatan yang amat penting agar pemimpin dan ahli memikirkan 'psywar' yang kini mula dijalankan akhbar arus perdana terutamanya Utusan Malaysia dalam merencanakan rencah dalam pemilihan PAS.

Ingat sahaja pada pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar arus perdana ini memainkan peranan memfitnah, memaki dan memburuk-burukkan.

Natijahnya, PAS hingga rakyat sendiri mengajar mereka dengan menumbangkan Umno/BN di lima negeri yang sebelum ini sukar ditembusi pembangkang.

Berbalik kepada persoalan muktamar dan keadaan massa hari ini.Membincangkan persepsi yang mula dilakarkan akhbar arus perdana terhadap PAS, maka perwakilan perlu meneliti sebaik mungkin 'psywar' yang sedang berjalan ini.

Memandangkan krisis yang cuba dimomokkan akhbar arus perdana kononnya berlaku dalam PAS antara kelompok, perang ini tak harus dihadam perwakilan sebagai satu maklumat yang menyatakan benar parti kita sudah berpecah seperti Umno.

Tidak, seperti kata Presiden, yang membulatkan pendirian bahawa ' "gembar-gembur yang ditimbulkan oleh pihak luar laksana mereka yang lalu di halaman rumah kita dia dengar bunyi-bunyi dia kata kita bergaduh, kita tak bergaduh sebenarnya kita susun perabut rumah kita,

"Itu biasa dalam pemilihan itu bukan pergaduhan dalam parti apa yang berlaku masing-masing memberi pandangan dan hujah dan ahli kita matang dalam menentukan dimana perubahan yang hendak kita lakukan dalam muktamar akan datang," katanya memetik wawancara sebelum ini.

Nah mesej Presiden ini jelas kepada seluruh ahli dan perwakilan agar 'psywar' yang berjalan kini mampu ditangkis dengan bijak, sementara mereka boleh memilih dengan bijaksana.

PAS akan terus bergerak sebagai sebuah parti yang menanti 'riwayat Umno' berakhir.

Seperti kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar yang menyarankan kepada perwakilan agar memantapkan ilmu mereka untuk mencernakan idea-idea yang 'bijaksana' supaya ia boleh diadun oleh kepimpinan yang akan dipilih selepas ini untuk menggerakkan parti.

Sementara perihal pemerkasaan parti wajar disentuh dengan bijaksana tatkala perwakilan membahaskan ucapan dasar Presiden PAS dengan memikirkan sensitiviti semua pihak.

Longgokan idea yang bernas bakal mewarnakan PAS kepada satu lanskap yang baharu yang lebih mantap dan mendapat kepercayaan seluruh entiti masyarakat.

Di peringkat kepimpinan, perihal amanah yang telah diberikan ahli kepada mereka haruslah dijaga sebaik mungkin kerana ia bakal dikira sebelum meniti 'titian Sirat' nanti.

Jangan abaikana amanah itu tatkala kita sudah selesa berada di persada kerana kita bakal dihukum ahli apabila mereka terasa kecewa dengan perbuatan kita.

Pesan akhir wawancara bersama Presiden PAS boleh diambil ikhtibar, "Jadikan muktamar dengan cara yang sopan dengan sebaiknya dan tenang, tidak dipengaruhi oleh cara yang tidak bersopan".

"Saya percaya sokongan kepada PAS kini meningkat lagi dan kematangan ahli dan perwakilan akan bertambah lagi.

Selamat bermuktamar....../wann _

_______________________________________________________

Beginikah Bakal Nasib BN Terengganu ?

Kenyataan Awal DPP Terengganu

Pembangunan Yang Tidak Pernah Dilihat Di Terengganu !

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura