Wednesday, June 17, 2009

Penjernihan & Penjelasan Konsep K'jaan Perpaduan


TIADA SENGKETA..antara Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

WAN ABDUL RAHMAN WAN AB LATIF
Wed | Jun 17, 09 | 9:41:17 am MYT

SEJAK Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/BN.

Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.

Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan.

Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.

baca berita penuh di sini

> APABILA ISLAM TIDAK MEMIMPIN : USTAZ IDRIS AHMAD

1 komen:

mz on June 17, 2009 at 5:06 AM said...

benda nie simple saje solution dia.

idea kerajuan perpaduan (adalah amat baik sekali, tp realiti utk sekrg adalah amat jauh utk dicapai-lihat syarat2nya), dan idea ni telah membuwa perpecahan dikalangan jemaah. jadi stop aje lah idea nie-lupakan lah dulu idea tersebut -lagipon realiti utknya adalah susah.. perkukuhkan jemaah balik... itu saje.. tak payah lagi keras kepala nak pertahankan idea tuh... itukan just idea..tp kalau dah bawa perpecahan cepat2 lah stopkkan dia.. bukan stop kerajaan perpaduan kita stop dakwah kat org umno.. dakwah tetap diteruskan spt TGNA jelaskan.. cuma idea yg bawa kepada perpecahan jemaah aje kita stop dulu.... itu pon susah...aduiiii.... tengoklah ape jadi jemaah kat bawah tuh.... inilah kalau strategy tak ade...susah..

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura