ZULKIFLI YAHAYA Fri | Jun 19, 09 | 5:58:17 pm MYT | |
Kerajaan Pusat akan menjadikan Manek Urai sebagai 'anak angkat' sekiranya BN berjaya memenangi pilihan raya kecil DUN tersebut 14 Julai ini. Perkara tersebut diberitahu oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustafa Mohamad. Menurut Mustafa, Manek Urai akan diberi tumpuan khusus daripada semua aspek, terutama pembangunan infrastruktur sekiranya menjadi anak angkat kepada Kerajaan Pusat. Itupun jika BN menang. Jika kalah, janji tersebut akan terbatal dengan sendirinya. Dalam banyak Dun yang terdapat di Kelantan, BN memilih Manek Urai untuk dibangunkan, tidak Guchil atau Dabong. Perlu pembelaan Banyak lagi kawasan yang yang ketinggalan dan perlukan pembelaan. BN tidak peduli kesusahan rakyat di kawasan lain. Secara tiba-tiba mereka hanya prihatin terhadap penduduk Manek Urai. Mengapa? Budak darjah tiga pun tahu jawapannya; kerana mahu memenangi kerusi Dun tersebut. Dalam membantu rakyat sejak dulu kini dan selamanya, BN tidak pernah ikhlas. Membantu bukan atas dasar tanggungjawab sebagai kerajaan tetapi untuk merasuah pengundi. BN adalah kerajaan yang berkuasa di Pusat, justeru Kelantan dan Manek Urai sendiri adalah di bawah jajahan takluknya. Manek Urai tidak terletak di Daerah Narathiwat, Thailand. Jelasnya, Manek Urai adalah 'anak kandung' BN. Apabila BN umum akan jadikan Manek Urai sebagai 'anak angkatnya' ia menimbulkan tanda tanya adakah selama ini mereka tidak sedar bahawa Manek Urai terletak dalam Malaysia. Dongeng Pak Pandir mengisahkan bagaimana si bodoh bendul itu terkejut apabila menjumpai anak orang tercicir di atas jalan, sekembainya dia daripada mengebumikan anaknya. Dia ceritakan pada Mak Andeh, "Bukan anak kita saja mati, anak orang pun mati juga." Walhal, budak yang tercicir itu anaknya sendiri. |
SELAMAT MENJALANI SESI BARU PERSEKOLAHAN
6 years ago
0 komen:
Post a Comment