ADAKAH KEADILAN, KEBIJAKSANAAN DAN NILAI BAIK AKAN TERSERLAH ? | | | |
Written by Editor | ||
Tuesday, 03 March 2009 08:20 | ||
Dengan Kerjasama anilnetto.com 9.05am - Keadaan jalanraya di Ipoh penuh sesak, Jalan Istana dimana bangunan Perak Darul Ridzwan terletak telah ditutup kepada semua lalu lintas. Speaker, V Sivakumar berada di mahkamah Tinggi Ipoh. Beliau diwakili oleh lima orang peguam, diketuai oleh peguam perlembagaan Tommmy Thomas dan dibantu oleh Chan Kok Keong, Agustine Anthony, Philip Koh Tong Ngee dan peguam kelima 8.41am - Gambar diatas adalah gambar terbaru bangunan Perak Darul Ridzwan pagi ini. Lebih 150 orang polis sedang mengepung bangunan Perak Darul Ridzwan. Sekatan jalan raya di pertingkat dan tiada sebarang kenderaan yang dibenarkan melalui berhampiran dengan bangunan Perak darul Ridzwan Pintu masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak telah dikunci dan dihalang oleh Pasukan Simpanan Persekutuan, kerajaan UMNO-BN yang merampas kuasa pada 5hb Februari lalu cuba menghalang Sidang DUN Tergempar yang dipanggil oleh Speaker, V.Sivakumar. Dapatkah Sidang DUN Tergempar diteruskan? Zambry dan konco-konconya cuba mendapatkan perintah mahkamah pagi ini untuk menghalang Sidang DUN Tergempar tersebut. Catatan secara langsung hari ini akan menyerlahkan samada Keadilan dapat ditegakkan dengan kebijaksanaan. | ||
Last Updated on Tuesday, 03 March 2009 09:12 sumber : Buletinonline |
0 komen:
Post a Comment