Thursday, March 12, 2009

Dari Kuala Terengganu Ke Bukit Gantang


DUNGUN 12 Mac Khamis - "Dari Parlimen Kuala Terengganu Ke Parlimen Bukit Gantang", demikian tajuk ceramah umum anjuran Lajnah Penerangan MTD Sura yang akan diadakan 14 Mac, Sabtu ini bertempat di Perkarangan PASTI Alor Tembesu, Dungun, Terengganu.

Menurut Ketua Penerangan MTD Sura, Hj Mohd Zain Mohamad, ceramah ini diadakan bagi memberi penerangan berhubung isu terkini tanahair khususnya yang sedang berlaku di Perak, selain mengimbas kembali detik kemenangan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu sebagai warming-up mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen P.059 Bukit Gantang.


"Selain dari YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, ceramah ini akan turut dihadiri oleh Dato' Haji Wan Abdul Muttalib Embong, Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan YB Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura selaku tuanrumah,"ujarnya.


Memandangkan rakyat perlu diberi penjelasan situasi sebenar yang berlaku di Perak terutamanya dari sudut perlembagaan, maka Dato' Hj Wan Abdul Muttalib adalah di antara tokoh yang paling layak menghuraikan kemelut tersebut.

Seterusnya beliau menyeru semua lapisan masyarakat dapat hadir beramai-ramai ke majlis penerangan tersebut sambil membuat penilaian secara adil berhubung isu-isu terkini yang sedang melanda negara.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura