Tuesday, September 30, 2008

Ambil Kesempatan Berdakwah di Hari Raya Idul Fitri.

Tuesday, 30 September 2008Kuala Terengganu – Pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maf Zahir Batin, kepada seluruh rakyat Terengganu khususnya kepada ahli dan penyokong PAS.Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali melalui perutusannya menyeru seluruh rakyat supaya kembali kepada Islam, menyokong PAS dan Pakatan Rakyat untuk membawa satu perubahan politik,...

Tuesday, September 23, 2008

Mengimarahkan Ramadan Dalam Kereta Api

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Walaupun sesekali bergegar dan berayun anggota badan apabila kereta api bergerak, namun ahli jemaah solat Isyak dan Terawih yang terdiri daripada kakitangan KTMB, media dan penumpang Ekspress Wau dari Kuala Lumpur ke Kelantan, tetap meneruskan ibadah mereka.Aktiviti solat berjemaah di dalam kereta api itu adalah sebahagian daripada program Pelancongan Ibadah anjuran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bermula 17 hingga 20 haribulan lepas."KTMB mahu menggalakkan pelancongan sambil beribadah...

Sunday, September 21, 2008

Ceramah Isu Palestin Di Masjid Rusila

Penceramah : Dr Syeikh Mahmood SiyamPenterjemah : Ustaz Mohd Khalil Abdul H...

Saturday, September 20, 2008

Menelusuri Sejarah Yahudi dan Negara Haram Israel

"Siapakah bangsa Yahudi ini ?? Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama...

Saturday, September 13, 2008

Utusan Malaysia Hari Ini

Ajar Sains, Matematik dalam BMKUALA LUMPUR 13 Sept. - Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diminta meletak jawatan jika gagal melaksanakan semula pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.Cadangan itu merupakan keputusan yang dicapai pada Persidangan Meja Bulat Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu dengan alasan bahasa Inggeris gagal membantu murid-murid menguasai sains dan matematik.Ahli...

Penahanan Raja Petra, Teresa dan Tan memburukkan lagi rekod kerajaan

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi AwangSat Sep 13, 08 2:36:18 pm MYTPAS memandang serius beberapa siri tangkapan di bawah akta zalim ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang dilakukan oleh pihak polis sepanjang hari semalam.Dalam suasana negara baru sahaja meraikan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 51, PAS merasakan sepatutnya pihak kerajaan sudah mula bergerak ke arah melupuskan sama-sekali akta zalim warisan penjajah ini.Penahanan penulis dan pengkritik masyarakat Raja Petra Raja Kamarudin di bawah ISA hanya akan memburukkan...

Friday, September 12, 2008

KEMASUKAN SEMULA DR M: ABDULLAH TERKEJUT?

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Pusat(12 September 2008)KEMASUKAN SEMULA DR M: ABDULLAH TERKEJUT?Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan krisis terbaru yang melanda Umno apabila presidennya, Abdullah Badawi melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak peralihan kuasa pada 2010. DPP Pusat percaya kenyataan Muhyiddin ini mempunyai kaitan dengan kejayaan beliau membawa semula Tun Dr Mahathir menyertai Umno setelah bekas Perdana Menteri itu keluar parti kerana menolak...

Monday, September 8, 2008

Rakyat Susah, BNBBC Makan Angin

. Monday, 08 September 2008 Dungun (BuletinOnline.Net) – Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menyifatkan keputusan kerajaan membawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ‘makan angin’ ke luar negeri st1\:*{behavior:url(#ieooui) } sebagai sesuatu tindakan yang tidak kena pada masanya. (Gambar - Bung Muktar, baju merah, di KLIA bersama BNBBC tengahhari ini) Sinar Harian memetik beliau berkata,...

Sunday, September 7, 2008

Majlis Berbuka Puasa @ Menamat Di Sekitar DUN Sura

12 Ramadhan (Jumaat) - Markaz Nibong13 Ramadhan (Sabtu) - Surau Tuan Guru Hj Zainal Abidin17 Ramadhan (Rabu) - Surau Kubur, Kg Molek17 Ramadhan (Rabu) - Surau Ustaz Omar Shukri19 Ramadhan (Jumaat) - Surau Pok Anum, Alur Tembesu19 Ramadhan (Jumaat) - Surau Tanah Lot20 Ramadhan (Sabtu) - Surau Sg. Buaya20 Ramadhan (Sabtu) - Surau Padang JambuTuan/Puan, Muslimin Muslimat yang berada dikawasan sekitar dan berupaya untuk...

Friday, September 5, 2008

100 dibuang kerja Tuntut Kerajaan Terengganu Bertanggungjawab

Dungun - Kami Mahu Kerja ! Kami Mahu Kerja ! Begitulah jeritan 100 pekerja asal Permint Plywood Sdn Bhd, kilang yang ditubuhkan kerajaan negeri Terengganu 28 tahun lalu. Mereka telah berkumpul dan bertemu dengan pihak media dihadapan pintu pagar kilang Permint Plywood Sdn Bhd, pada jam 1 tengah di Bandar al-Muktafi BiLlah Shah dekat sini hari ini. “Masalah sekarang ni masalah nak Raya, kita susah sikitlah, kita...

Thursday, September 4, 2008

HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI : Apa Yang Bakal Berlaku 16 Sept. ini

Oleh Tantawi08 Tazkirah 2 :Ustaz , betul ker Ni kita akan dapat kerajaan baru 16 sept. ini ? Ni ramai orang dok sembang kat kedai kopi ! ada juga saya dengar penceramah menegaskan bahawa 16 sept kerajaan BN akan hancur ! Betul ker Ustaz ? Ustaz ada maklumat ker ? Apa pandangan Ustaz ?Erm , begitulah bertalu - talu soalan menerjah , hanya bertanyakan perihal 16 sept. ini apakah yang akan berlaku ? Kerajaan akan berubah dan bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat ?Sebagai seorang rakyat yang telah perit dan derita berada di bawah...

Monday, September 1, 2008

YB @ Hospital Daerah Dungun

Assalamualaikum Warahmatullah....Syukur kehadrat Allah Taala kerana diberikan sekali lagi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang dirindui. Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu. Bonus Pahala yang berlipat kali ganda menanti orang ikhlas beribadat didalamnya.Dungun, Khamis 28 Ogos : Lajnah Kebajikan DUN Sura dengan kerjasama MTD Sura telah melaksanakan satu program 'Cakna Masyarakat' bersama dengan...
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura