Pada
hari yang sangat besar ertinya kepada umat Islam ini, ketika mana Allah
menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan berhimpun di
tempat letaknya kiblat umat Islam, kita dipersatukan dengan Islam yang
menjadi panduan hidup manusia sehinggalah ke hari kiamat. Iman yang
dimiliki oleh umat manusia inilah yang juga mempersaudarakan kalangan
manusia dari pelbagai rupa bangsa samada dekat atau jauh, semuanya
adalah bersaudara di antara satu sama lain.
Kita membaca
bagaimana umat Islam di zaman dahulu berpegang teguh dengan Al-Quran dan
Hadis Nabi saw, termasuklah dalam perkara hubung-kait antara satu sama
lain walaupun mereka berselisih pendapat dan berbeza pemimpin, mazhab
dan guru tetapi mereka berkasih sayang dan bermaafan. Kalau mereka
berselisih pendapat atau berkelahi dengan mudah sahaja mereka berdamai
kerana mereka menyelesaikan masalah dengan kembali kepada kepada
Al-Quran dan Hadith Nabi saw.
Kepada seluruh ahli Parti
Islam SeMalaysia (PAS), marilah kita terus menerus memperkukuhkan parti
kita dengan sama-sama kita mengikhlaskan niat perjuangan kita kerana
Allah, dan seterusnya kita beramal dengan kaedah perjuangan yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah saw.
Marilah kita berpegang teguh kepada firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59.
“Hai
orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan
ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang
sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul
(sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari
kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik
akibatnya”
Juga sabda nabi s.a.w yang diucapkan ketika menunaikan haji selamat tinggal :
“Janganlah
kamu menyeleweng, menjadi kafir selepas aku wafat sehingga ada di
kalangan kamu memancung leher dengan pedang-pedang di antara satu sama
lain (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari & Muslim)
sumber : http://www.facebook.com/dato-seri-tuan-guru-haji-abdul-hadi-awang
sumber : http://www.facebook.com/dato-seri-tuan-guru-haji-abdul-hadi-awang
0 komen:
Post a Comment