DUNGUN 01 November, Selasa - Lebih kurang 80 orang bakal haji dari DUN Sura telah menerima kunjungan ziarah daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci, baru-baru ini.
Jadual ziarah bakal haji disusun bermula penghujung September baru-baru ini sebelum penerbangan pertama bakal haji ke Tanah Suci, 29 September, 2011.
Wakil PAS Cawangan turut mengiringi ADUN Sura selaku YDP PAS Kawasan Dungun semasa ziarah ini dilakukan. Amalan ziarah bakal haji ini telah dipraktikkan sejak beberapa tahun lalu oleh ADUN Sura dengan kerjasama PAS Cawangan-cawangan dalam DUN Sura yang mengenalpasti bakal haji di bawah pentadbiran masing-masing.
Sementara itu, menurut Bernama, kumpulan terakhir 447 bakal haji dari Malaysia tiba di Mekah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, pada petang Ahad.
Sementara itu, menurut Bernama, kumpulan terakhir 447 bakal haji dari Malaysia tiba di Mekah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, pada petang Ahad.
Pengurus Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji
Mohamad Naser Jaffar berkata penerbangan terakhir itu mendarat pada
pukul 4.15 petang (9.15 malam waktu Malaysia) dan para jemaah kemudian
terus dibawa menaiki bas memasuki kota Mekah.
Beliau berkata dengan ketibaan kumpulan itu, semua 28,000 jemaah haji
Malaysia kini berada di Mekah, menanti hari untuk dibawa ke Arafah
Jumaat ini, untuk berwukuf pada hari berikutnya.
Katanya segala persiapan Tabung Haji untuk mengangkut para jemaah ke
Arafah, Muzdalifah dan seterusnya ke Mina, berjalan lancar.
0 komen:
Post a Comment