Thursday, November 17, 2011

ADUN Sura Ucap Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang UPSR 2011


DUNGUN, 17 November Khamis - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun mengucapkan tahniah kepada semua pelajar UPSR 2011 yang memperolehi keputusan cemerlang. Keputusan peperiksaan tersebut diumumkan hari ini, Khamis 17 November.

" Tahniah! Kepada semua pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang, semoga kejayaan ini dapat diteruskan lagi selepas melangkah ke alam sekolah menengah nanti, yang pastinya di sebalik kejayaan para pelajar ini ialah para guru yang mengajar dengan penuh dedikasi juga didokong oleh para ibubapa dan penjaga yang sentiasa mendoakan kejayaan anak jagaan masing-masing, " ujar ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli ketika menyampaikan 
sumbangan penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang UPSR 2010, 
adik Anis Adilla binti Abd Fatah di hadapan kediaman ibubapanya 
di Taman Telok Lipat 1, di sini, tahun lalu.


Sementara itu, keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini, beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Dipetik laporan Bernama Online, Abd Ghafar berkata calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura