DUNGUN, 9 Ogos 2014 - Rata-rata di kalangan wakil rakyat mengadakan rumah terbuka
sempena Aidilfitri bersama rakyat masing-masing.
ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik turut mengadakan majlis tersebut yang berlangsung bermula jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang di perkarangan kediaman beliau, di sini, hari ini.
Di laluan
pintu masuk ke perkarangan kediaman beliau diletakkan bendera Israel untuk
dipijak oleh para tetamu yang hadir kemudian ianya dibakar sebagai simbolik menunjukkan
protes di atas kebiadapan rejim zionis yang melakukan serangan tidak
berperikemanusiaan di Gaza.
“Kita menerima
baik cadangan yang dikemukakan oleh pihak Pemuda PAS DUN Sura, supaya bendera
rejim zionis diletakkan di laluan masuk ke perkarangan lokasi majlis ini untuk
dipijak oleh para tetamu yang hadir seterusnya dibakar sebagai menunjukkan
protes terhadap sikap biadap rejim ke atas saudara seIslam di Gaza, “
“Sebelum ini,
kita turut menghulurkan sumbangan kewangan yang disalurkan melalui PAS Kawasan
Dungun sebagai tanda solidariti terhadap nasib yang menimpa saudara kita di
sana, “ ujar beliau ketika melayan tetamu yang hadir.
“Di samping
kita menyambut Hari Raya sewajarnya kita jangan lupa kepada saudara kita di
Gaza yang masih terkepung dengan serangan ganas rejim zionis, kita doakan
saudara kita di sana terus diberi kekuatan dan kemenangan oleh Allah S.W.T., insyaAllah,
“ tambah beliau lagi.
Majlis yang
dihadiri oleh lebih tiga ribu orang itu turut dikunjungi oleh Ahli Parlimen
Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan isteri serta pelbagai lapisan
masyarakat termasuk dari golongan warga Tionghua.
Golongan
kanak-kanak diraikan dengan penyediaan aiskrim percuma dan agihan duit raya.
Acara pembakaran bendera zionis Yahudi dilakukan di waktu puncak majlis dan disempurnakan bersama oleh Ahli Parlimen Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan ADUN Sura sendiri diiringi laungan takbir oleh para hadirin.
Acara pembakaran bendera zionis Yahudi dilakukan di waktu puncak majlis dan disempurnakan bersama oleh Ahli Parlimen Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan ADUN Sura sendiri diiringi laungan takbir oleh para hadirin.
1 komen:
(( Sidang Tertutup )) -Penyelesaian Akhir Krisis MB Selangor
Hakikat yg pasti, UMNO takut terkubur di Selangor Jika Wan Azizah menjadi MB Selangor... Mungkin Ya!
UMNO perlu menerima hakikat ini yg memulakan drama ini berlarutan kerana mengumumkan Anwar bersalah kes liwat beberapa hari sblm sempat bertanding di kajang... Kemaruk kuasa di negeri termaju ini, menjadikan UMNO sanggup buat apa saja... Tapi tak mungkin pd Wan Azizah.. UMNO sudah berada di jalan mati...
Tapi, jika pemimpin lain yg menjadi MB selangor, mungkin UMNO mempunyai jalan2 lain yg lebih mudah!
Tawaran yg ditawarkan UMNO hanyalah cerita dongeng...
Konflik Anwar dan Khalid bersifat sementara..
Khalid akan pulang ke pangkuan PKR melalui Anwar juga sebenarnya..
Jadi, jangan susah hati sgt ye :)
Sumber
>>> Klik Di Sini
Post a Comment