Hari ini, ramai anak muda dan mahasiswa dicederakan dan diintimidasi
secara kasar oleh pihak polis dan DBKL untuk memusnahkan khemah-khemah
yang didirikan untuk meluahkan perasaan menentang PTPTN. Ia adalah
reaksi spontan daripada anak muda melalui "Occupy Dataran" untuk tuntutan Pendidikan Percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tinggi melalui tabung PTPTN.
Dua
hari terdahulu, sekumpulan anak muda dan mahasiswa telah berdemonstrasi
untuk tuntutan yang sama dan satu mesej yang jelas telah diberikan
bahawa agenda untuk menjadikan golongan terpelajar senantiasa di bawah
telunjuk kerajaan adalah tidak mungkin berpanjangan. Ada juga dakwaan
bahawa kebergantungan terhadap pinjaman PTPTN ini sebenarnya lebih
kepada golongan pemodal yang membina kolej-kolej untuk tujuan
perniagaan. Persoalannya siapa yang lebih memerlukan PTPTN ini
sebenarnya?
PTPTN atau Perbadanan Tabung PendidikanTinggi Nasioanal ditubuhkan pada 1997 untuk memberi pinjaman kepada penuntut pengajian tinggi dan selepas belajar, para penghutang ini perlu membayar balik dengan tambahan faedah pengurusan (baca=bunga) sebanyak 4%. Kini kadar faedah bunganya ialah 1%. Menurut Perdana Menteri Malaysia, sejak dimulakan sehingga sekarang sebanyak RM 43 billion telah dipinjamkan oleh tabung ini dan tahun lalu sahaja lebih kurang RM4 billion telah dikeluarkan sebagai pinjaman kepada para penuntut. Tetapi menurut kepimpinan PKR, jumlah sebenar hanyalah RM 27.5 billion sahaja dan baki pinjaman sekarang adalah lebih kurang RM24.7 billion.
Walau
apapun angka yang diberitahu, isu yang lebih penting ialah mengapa
berbillion ringit telah dikeluarkan sebagai pinjaman? Jawapannya hanya
satu. Kenaikan yuran pengajian yang melambung tinggi di awam dan
swasta. Lebih-lebih lagi, penubuhan ratusan kolej-kolej untuk penawaran
pendidikan tinggi dari sijil hinggalah ke Sarjana dan PhD. Sekiranya,
sebuah kursus dikenakan bayaran lebih kurang RM 22,000 di universiti /
kolej awam, mengapakah bayarannya lebih dua kali ganda di kolej swasta
untuk pengajian kursus yang sama? Siapa yang benarkannya? Siapa yang
memantaunya? Kerajaan atau "bapa"nya di sektor swasta?
Siapa yang untung di sini? Jom kita ambil kursus kejururawatan di Malaysia! Kolej manakah yang menerima pinjaman PTPTN tertinggi di Malaysia? Kolej Masterskill! Pada tahun 2009 sahaja, mereka menerima RM145.5 juta. Tetapi, tahukah kita bahawa Pengerusi Masterskill Governing Council ialah Mohamed Nazim bin Abdul Razak iaitu adik Perdana Menteri Malaysia dan Cancellor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) ialah Raja Azureen iaitu anak kepada Sultan Perak. Untung kolej ini pada tahun tersebut ialah RM 97.4 juta. Siapa yang merasai keuntungan ini?

PTPTN atau Perbadanan Tabung PendidikanTinggi Nasioanal ditubuhkan pada 1997 untuk memberi pinjaman kepada penuntut pengajian tinggi dan selepas belajar, para penghutang ini perlu membayar balik dengan tambahan faedah pengurusan (baca=bunga) sebanyak 4%. Kini kadar faedah bunganya ialah 1%. Menurut Perdana Menteri Malaysia, sejak dimulakan sehingga sekarang sebanyak RM 43 billion telah dipinjamkan oleh tabung ini dan tahun lalu sahaja lebih kurang RM4 billion telah dikeluarkan sebagai pinjaman kepada para penuntut. Tetapi menurut kepimpinan PKR, jumlah sebenar hanyalah RM 27.5 billion sahaja dan baki pinjaman sekarang adalah lebih kurang RM24.7 billion.

Siapa yang untung di sini? Jom kita ambil kursus kejururawatan di Malaysia! Kolej manakah yang menerima pinjaman PTPTN tertinggi di Malaysia? Kolej Masterskill! Pada tahun 2009 sahaja, mereka menerima RM145.5 juta. Tetapi, tahukah kita bahawa Pengerusi Masterskill Governing Council ialah Mohamed Nazim bin Abdul Razak iaitu adik Perdana Menteri Malaysia dan Cancellor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) ialah Raja Azureen iaitu anak kepada Sultan Perak. Untung kolej ini pada tahun tersebut ialah RM 97.4 juta. Siapa yang merasai keuntungan ini?
baca seterusnya...di sini.
0 komen:
Post a Comment