Sunday, October 2, 2011

Selamat Menduduki PMR 2011 Daripada ADUN Sura

DUNGUN 2 Oktober, Ahad - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli bersama JK Pelajaran dan seluruh warga kerja DUN Sura mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan PMR 2011 kepada semua calon-calon peperiksaan di seluruh negara khususnya di Dungun dan DUN Sura. Peperiksaan akan bermula pada 4 hingga 11 Oktober, 2011.

(Gambar - Adik Fatin Syahirah Binti Osmiray (8A), pelajar dari SMK Sultan Omar di antara yang pernah menerima sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura kerana kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR)

Menurut kenyataan akhbar Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, seramai 481,147 orang calon telah mendaftar untuk menduduki PMR  pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara. Seramai 35,190 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.


" Kami mendoakan seluruh calon peperiksaan ini dikurniakan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab peperiksaan seterusnya dianugerahkan kejayaan cemerlang, jadikan kejayaan PMR sebagai langkah awal untuk mencipta kejayaan di peringkat SPM akan datang, insyaAllah ", katanya.

# sila lihat Tarikh Peperiksaan Awam 2011 di ruangan Notis blog ini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura