Friday, August 5, 2011

PEMUDA BERSAMAMU 7.0 : Konvoi kebajikan Pemuda Dun Sura dekati fakir miskin

oleh : Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda Dun Sura



PRIHATIN KAMI TAK BERTEPI,MEMBANTU SEKADAR TERMAMPU


Program Pemuda Bersamamu kini bukanlah satu perkara asing bagi warga Dun Sura,malah ianya sudah menjadi buah mulut masyarakat setempat yang bermain di bibir warga Dun Sura apabila setiap kali munculnya bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Dimana kini program kebajikan anjuran Pemuda Pas Dun Sura itu sudah mencapai usianya untuk tahun yang ke tujuh.

Program kebajikan khas pada setiap Ramadan ini adalah merupakan satu usaha dan gerakerja yang konsisten daripada pemuda Pas Dun Sura di mana telah berjaya digembelingkan secara tersusun untuk direalisasikan sebagai acara tetap tahunan mereka.

Sudah tentu cabaran untuk menjayakan Pemuda Bersamamu musim ke 7 kini semakin besar dan lebih mencabar terutamanya dalam usaha mengumpul dana dan sumbangan daripada penyumbang berdasarkan kebejatan ekonomi termasuk kenaikan kos harga barang keperluan serta kos sara hidup yang semakin tinggi.

Dengan rendah diri,pasukan petugas Pemuda Bersamamu siri ke 7 daripada warga kerja Pemuda Dun Sura mengambil peluang ini untuk memohon sumbangan orang ramai dalam bentuk wang tunai ataupun beras bagi menjayakan program ini.

Rayuan sumbangan ini diharapkan mendapat perhatian daripada semua pihak yang perihatin serta dapat dipanjangkan lagi rayuan sumbangan derma ini dengan harapan agar usaha dan kerja kebajikan dapat disampaikan kepada golongan sasaran seperti fakir,miskin,anak-anak yatim dan orang kurang upaya(OKU) dapat diagih dengan jayanya.

Mengikut perancangan,Pemuda Bersamamu musim ke 7 akan mengagihkan sumbangan berbentuk sejumlah wang tunai dan sekampit beras telah dijadualkan tarikh pengagihannya pada minggu akhir bulan iaitu pada 20 Ramadan 1432H di mana aktiviti menjurus kepada cakna masyarakat,khusus kepada golongan yang layak untuk menerima sumbangan ini berpusat di Markas pemuda Dun Sura yang telah ditetapkan sebagai pusat operasi program pada tahun ini.

Seperti siri yang lalu, golongan penerima sumbangan program ini akan men
erima kunjungan dari pihak pemuda sendiri yang akan turun berkonvoi ke kediaman mereka yang diketuai oleh ADUN Sura, YB Ustaz Wan Hassan Md Ramli.

Menjayakan Pemuda Bersamamu musim ke 7 ini merupakan satu cabaran yang sudah tentu ianya memerlukan komitmen yang padu daripada seluruh warga kerja Pemuda Dun Sura di mana mereka akan melaksanakan amanah ini sebaik mungkin dengan kadar mengikut kemampuan yang ada sebagaimana slogan Pemuda bersamamu, “Perihatin kami tidak bertepi,membantu sekadar termampu”.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pemuda Bersamamu 7.0,

BIMB 13044010016883 atas nama Tengku Mohd Hisham bin Tengku Ambak
atau hubungi
Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda Dun Sura,
Sdra Shaikh Salmin 013-9328211,
Ketua Pemuda Dun Sura, Sdra Hanafiah 013-9819543
Bendahari Pemuda Bersamamu 7.0, Sdra Yusof Yaakob 012-4518982.

Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [Al-Baqarah:265]

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura